Endometriosis boleh sebabkan kemandulan

Keadaan ini jika berterusan akan menyebabkan tiub falopio menghasilkan belon cecair yang mengandungi darah lama yang juga dikenali sebagai ‘choclate cyst’ dan ini akan mengakibatkan kemandulan.

‘Doktor’ gersang jerat wanita

‘Mat Gersang’ kembali lagi. Jika dahulu kecoh dengan kes lelaki menyamar sebagai doktor yang bertindak menghubungi pesakit wanita dan meminta melakukan aksi lucah, kes yang sama dilaporkan berulang kembali.

Disebalik Rahsia Kopi Dan Islam

Daripada seorang gembala kambing di Yemen atau Ethiopia kepada pembentukan pemikiran politik masyarakat Eropah, minuman kopi yang kini mencatatkan lebih satu bilion cawan setiap hari itu merupakan satu inovasi Islam yang paling penting dalam sejarah kehidupan manusia hari ini.

Mengapa Lelaki Bangladesh Selalu Berjalan Berpegangan Tangan?

Perkara yang sama saya jumpa di Mekah dan Madinah ini. Saya beranikan diri untuk menyapa mereka mengapa mereka berpegangan tangan bila berjalan bersama kawan lelaki. Bukankah itu menampakkan seperti kamu mempunyai hubungan songsang atau gay?Lalu Bangla itu tersenyum dan menjawab dengan selamba..

Petua Suburkan Sperma

Walaupun banyak yang menganggap mitos, tapi doktor dan pakar kesihatan, dr. Sonia Wibisono percaya bahawa tauge memiliki manfaat kesihatan seperti meningkatkan tenaga pasangan saat bercinta..

Wednesday 12 March 2014

Khidmat bomoh - Fathul mahu Jakim bertindak

Fathul Bari
  Fathul Bari Mat Jahaya

PUTRAJAYA - Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya menggesa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memandang serius pembabitan bomoh dalam usaha mencari pesawat MAS yang hilang sejak Sabtu lalu.

"Mohon Jakim memandang serius isu penglibatan bomoh-bomoh dalam mencari MH370 pelbagai versi.

"Ada tikar terbang zam-zam ala kazam, labu, kelapa, teropong, bubu dan sebagainya," katanya dalam akaun Twitternya, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) gempar seketika dengan kemunculan seorang lelaki yang mendakwa sebagai 'Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP' yang kononnya mampu membuat ramalan lokasi pesawat MAS penerbangan MH370 yang dilaporkan hilang.

Terbaru, KLIA lagi sekali digemparkan dengan penyebaran gambar dengan kehadiran sekumpulan tiga lelaki memakai sut lengkap untuk memulakan ritual mengesan pesawat tersebut.

Warga Internet Pertikai Kesahihan Gambar Pemilik Pasport Palsu MH370

SHAH ALAM, 12 MAC: Identiti penumpang pesawat MAS MH370 yang disahkan menggunakan mengguna pasport palsu dipertikaikan ramai pihak di media sosial ekoran terdapat persamaan di bahagian kaki dua lelaki terbabit.

Laman sesawang http://bloglist-malaysia.blogspot.com/ mempertikaikan bagaimana bahagian kaki Pouria Nour Mohammad Mehrdad, 19 (kiri) dan Delavar Syed Mohammad Reza, 30, mempunyai persamaan yang nyata.

“Pelik, kaki yang sama, kasut yang sama, ternyata gambar ini ada penipuan,” kata blogger laman terbabit.

Sementara itu, beberapa pemilik laman Facebook dan Twitter juga dilihat mempersoalkan gambar berkenaan yang dikeluarkan polis antarabangsa (Interpol), semalam.

Terdahulu, Setiausaha Agung Organisasi Polis Antarabangsa, Richard K Noble, berkata Delavar dan Pouri sebelum ini dikenal pasti oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar terbang dari Doha ke Kuala Lumpur dengan pasport Iran, pada 28 Februari lalu.

Bercakap pada sidang akhbar di Lyon, beliau berkata, mereka kemudian menggunakan pasport warganegara Austria dan Itali yang dicuri untuk menaiki penerbangan MH370 itu dan kemungkinan adalah pengganas kecil.

Persoalannya, bagaimana gambar berkenaan boleh mempunyai persamaan yang nyata hingga menimbulkan rasa kurang senang dan keraguan ramai pihak terhadap penyiasatan yang dijalankan.-sk 

Majalah Dari UK Dakwa Pesawat MH370 Hantar Dua Data Sebelum Hilang

Post Pic
UNITED KINGDOM: Pesawat Boeing 777-200ER milik Malaysia Airlines (MAS) menghantar sekurang-kurangnya dua data teknikal kepada menara kawalan sebelum hilang, menurut majalah New Scientist.
 
Data tersebut mungkin membantu penyiasat memahami apa yang tidak kena kepada pesawat itu dengan tiada sebarang petanda sejak ia hilang pada awal pagi Sabtu, menurut laporan itu semalam.


“MAS tidak mendedahkannya jika mendapat sesuatu daripada data Acars,” katanya merujuk kepada Sistem Laporan dan Komunikasi Pesawat (Acars) yang mengumpul secara automatik empat laporan teknikal setiap penerbangan bagi memudahkan jurutera mengenal pasti masalah.
 
Laporan itu boleh dihantar melalui gelombang radio VHF atau satelit di tempat berlepas, semasa mendaki, di satu titik ketika terbang atau semasa mendarat.
 
Majalah tersebut mendapati kenyataan media ke-11 Malaysia Airlines ada menyebut, “Semua pesawat MAS dilengkapi dengan Acars yang menghantar data secara automatik. Bagaimanapun, tiada panggilan kecemasan dan tiada maklumat yang diperoleh.”
 
“Ia mungkin masih belum ada maklumat kukuh yang diperoleh. Tetapi New Scientist difahamkan syarikat pengeluar enjin Trent 800 Boeing 777, Rolls Royce menerima dua laporan data daripada penerbangan MH370 di pusat pemantauan enjin global di Derby, United Kingdom di mana mereka memantau penggunaan enjin pesawatnya.”
 
Difahamkan meskipun data enjin dipantau daripada Acars yang lebih besar melaporkan semua penerbangan kritikal dan avionik, ia mungkin bermaksud menara kawalan mempunyai petanda berguna mengenai keadaan pesawat sebelum dilaporkan hilang.
 
“Pesawat tidak terbang lama untuk mengeluarkan lebih laporan Acars,” menurut laporan itu merujuk kepada pesawat yang hilang daripada radar pada jam 1.30 pagi waktu tempatan.
 
“Di bawah peraturan Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa, laporan sedemikian kekal sulit sehinggalah diperlukan penyiasat,” katanya.
 
Pencarian kehilangan pesawat itu diteruskan untuk hari kelima hari ini meliputi kawasan Laut Andaman, Selat Melaka dan Laut China Selatan.
 
Tiada petanda di mana kedudukan pesawat itu sejak ia hilang menjadikannya salah satu misteri penerbangan yang pernah berlaku. TKO

Tuesday 11 March 2014

MH370: Harapan Tipis Untuk Dapat Berita Baik

PHU QUOC - VIETNAM. Harapan untuk mendengar sebarang berita baik berhubung kehilangan pesawat milik Malaysia Airlines (MAS) adalah tipis, menurut kerajaan Vietnam.

Timbalan Menteri Pengangkutan Vietnam Pham Quy Tieu berkata, berdasarkan maklumat yang mereka terima, perkara yang 'tidak baik' telah berlaku.

Beliau bagaimanapun memberi jaminan Vietnam akan cuba mencari pesawat itu secepat mungkin dan untuk menjawab persoalan terutama daripada keluarga penumpang pesawat itu.

"Kami tidak menjangka perkara buruk tetapi kami telah bersedia (untuk menghadapinya)," katanya dalam sidang media di pusat mencari dan menyelamat di sini, hari ini.

Sementara itu, tentera Vietnam juga menggiatkan lagi usaha mencari dan menyelamat di perairan negara itu dengan 10 pesawat digunakan bagi operasi hari ini.

Ini termasuk dua pesawat pengangkut CASA dan empat pesawat A56 untuk pencarian di altitud tinggi antara 3,000 dan 5,000 meter.

Selain itu, helikopter juga digunakan untuk pencarian pada ketinggian rendah, berdekatan permukaan air.


Sumber: www.sinarharian.com.my