Sunday 9 March 2014

Habuan RM30,300 kekalkan dara

Gambar hiasan
Pretoria: Seorang lelaki menawarkan habuan bernilai RM30,300 kepada mana-mana wanita berusia sehingga 35 tahun jika dapat membuktikan mereka masih dara.
Dalam tawaran yang dibuat sempena kempen memerangi HIV dan kehamilan remaja itu, Rabelani Ramali berkata, dia akan menghadiahkan wang berkenaan kepada “anak dara yang berjaya” berserta pingat emas, perak dan gangsa mengikut tahap usia mereka.

Selepas mengumumkan tawaran itu, Ramali seorang pekerja sosial dai Limpopo berkata dia menerima reaksi berbeza-beza. “Ada yang menyambut baik tetapi ada yang memandang sinis,” katanya, semalam. Kata Ramali, tawaran berkenaan boleh mendorong remaja mempertahankan dara masing-masing sehingga tiba masa sesuai untuk mereka berpasangan. Ramali yang mempunyai lima anak daripada empat wanita menganggap dirinya sebagai pengasan “Anugerah Anak Dara Afrika Selatan.” Untuk mengesahkan status dara seseorang, Ramali akan mendapatkan pengesahan doktor bertauliah. - AFP

0 comments:

Post a Comment