Sunday 9 March 2014

Ikhwan Muslimin Di Cop Pengganas Oleh Saudi


RIYADH 8 Mac - Arab Saudi semalam menamakan pergerakan Ikhwanul Muslimin sebagai sebuah pertubuhan pengganas sama seperti al-Qaeda sambil memberi amaran mereka yang menyertai dan menyokong kumpulan itu boleh dipenjara antara lima hingga 30 tahun.
Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi dalam kenyataan memaklumkan, Raja Abdullah meluluskan pendapat sebuah jawatankuasa yang dipertanggungjawabkan mengenal pasti kumpulan pelampau kepada satu dekri diraja, awal bulan lalu.


Dekri itu menghukum mereka yang terlibat dalam konflik di luar negara ini, menyertai mana-mana kumpulan pelampau atau menyokong mereka.
Dekri diraja itu dibuat berikutan tindakan kerajaan menggubal undang-undang antikeganasan baharu yang menyasarkan sebarang kritikan terhadap kerajaan.
Pergerakan Ikhwanul Muslimin mula menjadi sasaran kebanyakan negara Teluk sejak tentera menggulingkan bekas Presiden Mesir, Mohammed Mursi, pada 3 Julai tahun lalu.
Arab Saudi sejak itu mengharamkan buku-buku berkaitan pergerakan itu daripada Pesta Buku Riyadh dan memanggil pulang dutanya di Qatar, negara penyokong Ikhwanul Muslimin, termasuk Bahrain dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE).
Sementara itu, Ikhwanul Muslimin mengutuk keputusan Arab Saudi tersebut.
"Adalah menjadi satu prinsip kumpulan ini supaya tidak mencampuri urusan negara-negara lain dan keputusan baharu Arab Saudi nampaknya telah menjejaskan hubungan antara pergerakan kami dengan negara itu,'' kata kenyataan itu.
Jurucakap Kementerian Luar Mesir, Badr Abdel-Attie dalam perkembangan berasingan menyambut baik keputusan itu dengan menyifatkannya sebagai gambaran penyelarasan dan perpaduan antara Mesir dan Arab Saudi. - AGENSI

0 comments:

Post a Comment