Tuesday 4 March 2014

Petua Ringkas Merawat GASTRIK

Gastrik adalah merupakan serangan yang berlaku secara tiba-tiba dan ia bukannya

sejenis penyakit. Gastrik adalah gangguan dalam perut terutama pada bahagian perut
atas (berhampiran ulu hati) berasa sakit dan tidak selesa. 

Disebabkan itu terdapat petua tradisional gastrik yang berkesan untuk mengubati
keadaan ini. Anda tak perlu gusar kerana gastrik boleh hilang dengan sendirinya
tetapi memakan masa yang agak lama untuk sembuh. Jom kita lihat petua tradisional
bagi mengubati masalah gastrik ini :


1. Titikkan tiga titik getah betik muda ke dalam segelas air panas. Suamkan air
tersebut dan kemudian minum selepas sarapan pagi.

2. Bersihkan kunyit. Setelah itu, parut atau kisar kunyit tersebut. Campurkan dengan sedikit air
masak lalu ditapis. Tambahkan sedikit madu dan sebaiknya masukkan sebiji kuning telur. 
Minum campuran ini dan Insya-Allah gastrikanda akan beransur hilang.

3. Campurkan sedikit buah tamar dengan sedikit susu kambing atau susu lembu asli
yang segar. Kemudian minumlah dua kali sehari.


Jika masih tidak menjadi, sebelum menggunakan kaedah moden, lebih baik
menggunakan kaedah herba semulajadi.


Sumber : http://jompetua.com

0 comments:

Post a Comment