Monday 10 March 2014

Puteri Sarah Bersara Dari Dunia Lakonan


Puteri Sarah Liyana telah sah menjadi isteri kepada pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof setelah selamat diijabkabulkan di Masjid Al Mukarramah Bandar Sri Damansara pada Sabtu.

“Alhamdulillah saya gembira kerana majlis berjalan lancar walaupun Syamsul sakit (demam denggi). Berkat doa serta solat hajat banyak pihak menjadikan majlis pada hari ini dapat berlangsung dengan izinNya.

Saya tidak menganggap Syamsul dijangkiti denggi ini sebagai dugaan atau cabaran. Saya akan menjalankan tanggungjawab sebagai isteri untuk menjaga Syamsul yang sedang sakit ketika ini tidak kira di mana saja dia berada,” ujar Sarah ketika ditemui di majlis akad nikah mereka.
Selain itu, Sarah turut berkongsi yang dia sudah berundur dari bidang seni sejak tahun lalu lagi. Dia kini lebih gembira menjadi pengurus pemasaran bagi Butik Eilya serta berjinak-jinak dalam bidang rekaan fesyen untuk muslimah.
“Butik tersebut bukan milik saya tetapi saya bekerja di bahagian pemasaran untuk Butik Eilya itu. Shamsul juga gembira serta selesa dengan kerja tersebut. Saya sudah bersara daripada lakonan sejak tahun lepas lagi. Keputusan yang diambil untuk bersara bukan dibuat kerana saya hendak berkahwin tetapi bagi menumpukan perhatian kepada kerjaya baru,” ujar Sarah.
Belum menetapkan lokasi berbulan madu mereka, Sarah merancang untuk menunaikan Umrah bersama Shamsul kerana sudah lama menyimpan impian untuk menjejakkan kaki ke tanah suci itu. Namun Sarah dan Syamsul belum mempunyai tarikh yang tetap untuk menunaikan ibadah itu buat masa ini.
-TKO

0 comments:

Post a Comment