Do Van Thu menjadi kaya selepas dia menjual rambut manusia. Thu menjadi jutawan dalam tempoh 13 tahun selepas dia memulakan perniagaan menjual rambut manusia sehingga dieksport ke luar negara.
“Pada setiap tahun, keluarga saya mengeksport 50 tan hingga 60 tan rambut ke China.
“Kami membeli rambut di seluruh Vietnam termasuk dari Laos dan Kemboja,” katanya yang berusia 50 tahun.
Permintaan untuk mendapatkan rambut itu telah meningkat sejak sepuluh tahun lalu terutamanya daripada golongan wanita muda.
Thu mempunyai sebuah bengkel yang
digunakan untuk membersih dan mengumpulkan rambut itu di sini sekali gus
memberi peluang pekerjaan kepada penduduk kampung.
“Setiap pekerja saya memperoleh pendapatan AS$140 (RM427) sebulan,” katanya.
Jumlah itu tiga kali ganda daripada purata pendapatan penduduk luar bandar di negara ini.
Menurut seorang penduduk kampung
ini, Nguyen Van Tam, harga rambut itu adalah antara AS$45 (RM137)
hingga AS$250 (RM763) bagi setiap satu kilogram. Menurutnya, harga tersebut adalah bergantung kepada kualiti rambut.
Hebat sangat-sangat Thu nih, kerana
dengan rambut manusia dah dipotong dan kebiasaannya kita akan buang atau
tanam.. Dia mampu jadikan rambut itu sebagai sumber pencarian dan
menjadi jutawan… Tanpa usaha, kejayaan takkan datang bergolekkan
0 comments:
Post a Comment