Endometriosis boleh sebabkan kemandulan

Keadaan ini jika berterusan akan menyebabkan tiub falopio menghasilkan belon cecair yang mengandungi darah lama yang juga dikenali sebagai ‘choclate cyst’ dan ini akan mengakibatkan kemandulan.

‘Doktor’ gersang jerat wanita

‘Mat Gersang’ kembali lagi. Jika dahulu kecoh dengan kes lelaki menyamar sebagai doktor yang bertindak menghubungi pesakit wanita dan meminta melakukan aksi lucah, kes yang sama dilaporkan berulang kembali.

Disebalik Rahsia Kopi Dan Islam

Daripada seorang gembala kambing di Yemen atau Ethiopia kepada pembentukan pemikiran politik masyarakat Eropah, minuman kopi yang kini mencatatkan lebih satu bilion cawan setiap hari itu merupakan satu inovasi Islam yang paling penting dalam sejarah kehidupan manusia hari ini.

Mengapa Lelaki Bangladesh Selalu Berjalan Berpegangan Tangan?

Perkara yang sama saya jumpa di Mekah dan Madinah ini. Saya beranikan diri untuk menyapa mereka mengapa mereka berpegangan tangan bila berjalan bersama kawan lelaki. Bukankah itu menampakkan seperti kamu mempunyai hubungan songsang atau gay?Lalu Bangla itu tersenyum dan menjawab dengan selamba..

Petua Suburkan Sperma

Walaupun banyak yang menganggap mitos, tapi doktor dan pakar kesihatan, dr. Sonia Wibisono percaya bahawa tauge memiliki manfaat kesihatan seperti meningkatkan tenaga pasangan saat bercinta..

Showing posts with label Hiburan. Show all posts
Showing posts with label Hiburan. Show all posts

Monday, 10 March 2014

Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episod 40




















Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episod 40



Puteri Sarah Bersara Dari Dunia Lakonan


Puteri Sarah Liyana telah sah menjadi isteri kepada pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof setelah selamat diijabkabulkan di Masjid Al Mukarramah Bandar Sri Damansara pada Sabtu.

“Alhamdulillah saya gembira kerana majlis berjalan lancar walaupun Syamsul sakit (demam denggi). Berkat doa serta solat hajat banyak pihak menjadikan majlis pada hari ini dapat berlangsung dengan izinNya.

Saya tidak menganggap Syamsul dijangkiti denggi ini sebagai dugaan atau cabaran. Saya akan menjalankan tanggungjawab sebagai isteri untuk menjaga Syamsul yang sedang sakit ketika ini tidak kira di mana saja dia berada,” ujar Sarah ketika ditemui di majlis akad nikah mereka.
Selain itu, Sarah turut berkongsi yang dia sudah berundur dari bidang seni sejak tahun lalu lagi. Dia kini lebih gembira menjadi pengurus pemasaran bagi Butik Eilya serta berjinak-jinak dalam bidang rekaan fesyen untuk muslimah.
“Butik tersebut bukan milik saya tetapi saya bekerja di bahagian pemasaran untuk Butik Eilya itu. Shamsul juga gembira serta selesa dengan kerja tersebut. Saya sudah bersara daripada lakonan sejak tahun lepas lagi. Keputusan yang diambil untuk bersara bukan dibuat kerana saya hendak berkahwin tetapi bagi menumpukan perhatian kepada kerjaya baru,” ujar Sarah.
Belum menetapkan lokasi berbulan madu mereka, Sarah merancang untuk menunaikan Umrah bersama Shamsul kerana sudah lama menyimpan impian untuk menjejakkan kaki ke tanah suci itu. Namun Sarah dan Syamsul belum mempunyai tarikh yang tetap untuk menunaikan ibadah itu buat masa ini.
-TKO

Friday, 7 March 2014

Syamsul, Puteri Sarah Selamat Nikah




Dengan sekali lafaz, pengarah dan pelakon terkenal, Syamsul Yusof atau nama sebenarnya, Mohd Shamsul Mohd Yusof,  selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamarudin  di Masjid Al Mukarramah, Bandar Sri Damansara hari ini.

Pasangan ini telah dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah, Al Fadil Ustaz Mat Syaharuddin Al Rashid Mat Isa dengan mas kahwin berjumlah RM1,111 tunai tepat jam 10.31 pagi.

Majlis pernikahan tersebut menyaksikan pihak lelaki menerima sembilan dulang hantaran berupa senaskah Al-Quran, sepasang kasut, produk penjagaan wajah berjenama Kiehl’s, buah-buahan, kek, sirih junjung, beg berjenama Boss, komputer riba Macbook dan sepersalinan pakaian dari pihak Sarah.

Sementara itu,  pihak lelaki pula membalas tujuh dulang hantaran berupa sepasang kasut, komputer riba Macbook, buah-buahan, seutas jam tangan, sirih junjung, telekung dan kek.

Pakaian pengantin ditaja oleh Cosry Couture dan majlis yang serba indah ini turut mendapat beberapa tajaan lain antaranya dari Nasyeed.Com, N’dah Mahligai, Khyro Design, Love Undefined Photography dan Ari Wedding Couture.

Hadir sama, Datuk Yusuf Haslam dan isteri, Datin Patimah Ismail, ahli keluarga kedua-dua mempelai serta sahabat handai termasuk rakan artis dan selebriti tanah air.

Begitupun, majlis resepsi yang dijadualkan berlangsung pada malam ini di Dewan N’dah Mahligai Shah Alam terpaksa dibatalkan kerana kesihatan Syamsul yang  masih lagi belum stabil.

JIWA Episod 5



Jiwa Episod 5

Penangan Gadis Asia

Gambar hiasan
Kecantikan adalah subjektif. Setiap orang mempunyai sisi pandang tersendiri mengenai hal ini kerana penelitian berbeza mengikut benua dan cita rasa. Bagi gadis Asia termasuk Malaysia, keunikan wajah tidak dapat disangkal lagi.
Penyelidik daripada Universiti Yale, Loius Sinatra melaporkan hasil penelitiannya mendapati pernikahan antara lelaki Amerika Syarikat dan wanita Asia meningkat sebanyak 22 peratus pada 2012 berbanding tahun sebelumnya.

Perwatakan mesra, penampilan menarik, ‘simple’ membuatkan ramai yang terpesona. Mungkin faktor adab sopan dan tata susila yang disuntik sejak kecil menjadikan wanita Malaysia kelihatan sopan dan berbudi bahasa.

Diakui, peredaran zaman semakin moden mempengaruhi perwatakan remaja perempuan membuatkan tidak semua ciri yang ada di sini merujuk kepada gadis Malaysia secara keseluruhannya.
Gambar hiasan

Gambar hiasan
Sembunyi rasa

Mungkin ada persamaan antara gadis tempatan dan luar negara contohnya sifat berdikari dan feminin, tetapi kelebihan kita terletak pada sikap lemah lembut dan sopan tutur kata. Ini sekali gus membuatkan jejaka menganggap kehadiran mereka dihormati sebagai ketua.

Bentuk wajah yang bujur sirih dan kelihatan seolah-olah kurang memiliki ekspresi emosi hingga membuatkan sukar ‘dibaca’ adalah daya penarik utama. Walaupun dipenuhi dengan rasa marah, benci atau rasa negatif lain, kita akan cuba selindung menyimpan perasaan dan memendam sendiri tanpa mahu orang lain mengetahuinya. Berbanding wanita benua lain, mereka lebih cenderung meluahkan perasaan secara langsung dan terbuka.



Awet muda


Bukti jelas yang dapat kita lihat adalah gadis tempatan lebih awet muda berbanding wanita luar negara. Sebagai contoh, jika anda tidak mengenali penyanyi Miley Cyrus mungkin akan beranggapan usianya mencecah 25 atau lebih tua, tetapi hakikatnya penyanyi yang popular dengan siri televisyen ‘Hanna Montana’ ini baru berusia 22 tahun. 

Berbeza dengan selebriti tempatan yang kelihatan awet muda contohnya Fazura, 31, tetapi realitinya dia kelihatan seperti gadis remaja berusia 25 tahun. Struktur warna kulit, wajah awet muda mendorong kita lebih lambat berkedut ketika usia mula meningkat berbanding mereka yang menetap di barat.

Walaupun cuma keluar ke warung depan rumah, wanita Asia pentingkan penampilan dan selalu ingin tampil cantik .Pergi ke salun sudah menjadi ‘ritual’ kerana tanggapan sangat penting untuk tampil sederhana, tetapi ada aura untuk orang tarikan sekeliling.



Mudah dekat

Berdasarkan pengalaman beberapa orang rakan penulis dari Australia, mereka berpendapat gadis Asia lebih mudah didekati berbanding wanita barat. Cukup dengan menghulurkan senyuman atau menyapa ‘kamu cantik’, pelancong atau orang luar akan disapa mesra dan ia cukup untuk memulakan perbualan seterusnya.

Berbeza dengan masyarakat luar, jika situasi sama berlaku mereka akan cenderung memandang seolah-olah ia suatu ancaman kerana menganggap lelaki mempunyai niat tertentu sama ada mahu berkenalan atau ada agenda lain. Meskipun dilabel peramah dan mudah mesra, kita lebih pemalu berbanding wanita barat. Adab mendahului segala-galanya membuatkan kita akan berfikir dua kali sebelum melakukan sesuatu tidak kiranya berbicara atau apa saja.

Seandainya mempunyai rakan perempuan luar negara, cubalah berkunjung ke rumah mereka. Pastinya anda akan terkejut kerana rata-rata mereka tidak akan mengemas rumah bahkan bilik sendiri kerana mengharapkan pembantu menyelesaikannya. 

Berbeza dengan gadis tempatan, meskipun jadual harian penuh dan penat dengan tugasan, tetapi kita akan memaksa diri mengurus bilik dan rumah sendiri kecuali mereka yang datang dari latar belakang keluarga kaya. Sebagai contoh, melihat ibu mengurus rumah tangga daripada makan, pakai, kemas rumah dan sediakan keperluan setiap seorang anak cukup membuktikan gadis tempatan pandai mengurus kehidupan.

Aspek menarik lainnya adalah tidak seperti kebanyakan masyarakat barat, kita sangat menghargai hubungan. Memilih satu-satunya pasangan yang tepat dan akan setia kepadanya membuat jejaka sanggup melakukan terbaik untuk anda.


Kurang kes cerai

Kebanyakan negara Asia memandang perceraian sebagai hal memalukan dan berusaha keras mempertahankannya apatah lagi bagi yang beragama Islam. Berbeza dengan wanita di negara barat, mentaliti lebih liberal dan terbuka menjadikan isu ini remeh dan menganggap ia sebahagian laluan hidup.

Malah, ada segelintir sudah mengatur kemungkinan dengan bersetuju membahagikan harta jika hubungan terjalin tidak berjaya.

Tahukah anda Filipina satu daripada dua negara di dunia yang angka perceraiannya kosong. Mereka percaya pernikahan hubungan rasmi untuk seumur hidup. Setiap wanita menganggap hidup berpasangan sebagai komitmen terbesar perlu dihadapi bersama, namun berbeza dengan masyarakat luar, mereka lebih bersikap terbuka dan berpendapat ia hanya cubaan mendapatkan seseorang lebih baik pada waktu depan.

Bagi penulis, apa juga persepsi orang luar berikan bergantung kepada sikap individu itu sendiri. Walau urban mana sekalipun anda, ada elemen mencerminkan wanita Asia sejak dulu hingga sekarang contohnya berbudi bahasa, hormat orang tua dan dikawal oleh adat budaya supaya tidak jauh terpesong dan elakkan diri dilabel setaraf dengan orang barat. Syabas dan usaha mengekalkannya!
Sumber: www.hmetro.com.my

Thursday, 6 March 2014

Kelebihan Bersuami Boroi





BOROI. Malangnya perkataan itu, ia jadi musuh hampir semua orang.

Bagi lelaki, mereka sanggup buat apa sahaja untuk memastikan diri tidak termasuk dalam golongan yang malang itu terutama apabila usia menjangkau 40-an.

Namun dalam berusaha, hanya sedikit yang berjaya. Ini berkait dengan banyak sebab, pemakanan, gaya hidup juga soal istiqamah dalam bersenam.

Bagi wanita pula, mereka seboleh mungkin tidak mahu pasangan boroi kerana hakikatnya, sesiapa yang boroi akan dipandang hodoh seperti kuih yang tidak ikut bentuk acuan.

Namun dalam berdepan dengan isu boroi, kita kadang kala diperdengarkan dengan kenyataan-kenyataan yang membawa maksud bahawa lelaki boroi juga punya kelebihan.

Ini termasuk pengakuan oleh wanita sendiri yang saya dapati melalui tinjauan media sosial menyebut bahawa lelaki boroi itu seksi. Benarkah?

Saya kira ini mungkin sekadar alasan untuk menyedapkan hati kerana secara relatif, bagaimana boroi mahu dianggap seksi. Apakah kuih yang jadinya tidak mengikut bentuk acuan semestinya sedap?

Ya, saya sendiri termasuk dalam kategori boroi. Dan untuk menyedapkan hati sendiri, sejak berkahwin, saya sering mengatakan kepada sesiapa sahaja yang membangkitkan isu keboroian saya bahawa hanya jauhari yang mengenal manikam. Kononnya, hanya wanita yang bersuamikan lelaki boroi sahaja tahu kelebihan kami.

Kadang kala saya membuat perbandingan bahawa kami yang boroi ini seumpama minyak masak Seri Murni yang melalui proses pemeringkatan dua kali untuk mendapat kualiti  terbaik.

Sesiapa yang tidak fahami  metafora ini, cuba-cuba fikir sendiri untuk mendapatkan jawapannya!

Baru-baru ini saya ditemukan dengan satu lagi kenyataan bahawa lelaki boroi dikatakan lebih penyayang, berfikiran jauh (mungkin sebab hujung perutnya lebih jauh dari otak) dan satu lagi, seksi.

Itu berkaitan dengan boroi.

Dalam kes gemuk atau berat badan berlebihan, satu soal selidik di Jerman mendapati lelaki yang termasuk dalam kategori itu lebih setia dalam percintaan berbanding mereka yang mempunyai berat badan ideal ataupun kurus.

Sekumpulan lelaki berusia antara 31 hingga 69 tahun ditanya mengenai tahap kesetiaan mereka dalam hubungan cinta termasuk yang sudah berkahwin.

Hasilnya mendapati daripada 53 peratus yang memberikan jawapan, hanya 11 peratus yang mengaku benar-benar setia dan mereka terdiri daripada lelaki-lelaki gemuk.

23 peratus lagi yang dikenal pasti mempunyai berat badan ideal, mengaku curang. Demikian juga 19 peratus mereka yang dikategorikan sebagai kurus.

Apa pun, saya tidak jamin ini juga cerminan bagi orang kita.

Namun harus jadi ingatan bahawa setiap apa yang padanya ada kelebihan, pasti ada kekurangan dan setiap yang dianggap kurang, pasti ada kelebihan. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada, dan bagaimana seadanya kita.

Kepada mereka yang termasuk kategori gemuk atau boroi, usahlah lagi bergundah gulana. Jangan dibenci, apa lagi dikeji 'tembikai masak' anda kerana di situlah tersimpan rahsia kelebihan diri anda yang tidak banyak diketahui orang.  

Uar-uarkanlah bahawa anda bukanlah kuih yang jadinya tidak mengikut acuan kerana bahulu yang rupanya cantik molek bukan semestinya sedap!

Kepada isteri-isteri yang suaminya boroi atau gemuk, anggaplah diri anda bertuah kerana zaman sekarang, ramai suami yang tidak setia. Yakinlah selagi mana perut suami anda boroi dan badannya juga gemuk, itulah tanda dia setia.

Lazimnya, jarang ada wanita muda yang mahu lelaki seperti itu melainkan jika dompetnya juga benar-benar boroi dan gemuk!


Sumber: MUHAMAD MAT YAKIn@Sinar HarianShare on facebook


10 Gambar Manusia Bermuka Mirip Watak Kartun.

Watak kartun yang dicipta bukan hanya khayalan semata-mata..rupa-rupa di alam realiti ada juga manusia yang wajahnya seiras dengan wajah kartun yang dicipta...jom kita lihat...

Carl Fredricksen, Up:


Alfredo Linguini, Disney Pixar's Ratatouille:

Eric Cartman, South Park.:

Peter Griffin, Family Guy.:

Dora The Explorer:

Popeye:

Mario Bros:

BEAVIS:

Meg, Family Guy:

Ned Flanders, The Simpsons:


Apa Salah Ultraman???

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri mewartakan Perintah Larangan Penerbitan terhadap buku ‘Ultraman The Ultra Power’, yang didapati mengandungi unsur-unsur mungkin memudaratkan ketenteraman awam.
Buku terbitan bahasa Melayu itu adalah terbitan Resign Publications, manakala pencetaknya Network Printers.

Mengikut kenyataan kementerian itu hari ini, warta larangan itu berkuat kuasa 18 Feb lepas mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
“Adalah menjadi satu kesalahan mengikut subseksyen 2 Seksyen 8 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 sekiranya mana-mana orang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau ada dalam miliknya bagi apa-apa jua maksud seperti itu apa-apa hasil penerbitan larangan,” menurut kenyataan itu.

Mereka yang disabitkan melakukan kesalahan itu boleh dikenakan penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.

Sumber:Bernama

Syamsul Mungkin Tunda Nikah!


LEBIH kurang dua hari lagi majlis pernikahan antara pasangan sensasi Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana bakal berlangsung.

Namun status majlis ini menjadi tanda tanya apabila Syamsul dilaporkan dimasukkan ke Pusat Perubatan Gleneagles dan disahkan menghidap demam denggi.

Mengulas lebih lanjut mengenai perkara itu, Datuk Yusof Haslam memberitahu Syamsul kini berada dalam keadaan yang tidak konsisten.

“Buat masa ini keadaannya masih lemah dan doktor menjangkakan mungkin akan ambil masa empat hingga lima hari untuk pulih.

“Memandangkan keadaannya tidak konsisten, jadi kami sendiri tidak tahu sama ada dia boleh sembuh sepenuhnya sebelum majlis pernikahan berlangsung atau tidak,” ujarnya kepada Sinar Harian.

Melihatkan keadaan anak lelakinya itu, Yusof memberitahu akan bertemu dengan keluarga pihak perempuan sebagai persediaan.

“Malam ini (semalam) saya akan berjumpa dengan keluarga pihak perempuan untuk berbincang mencari alternatif lain untuk majlis pernikahan dan persandingan di pihak perempuan hujung minggu ini.

“Kalau keadaan kesihatan Syamsul masih tidak mengizinkan, mungkin kita akan tunda tarikh, atau hanya adakan majlis pernikahan sahaja, tapi itu semua terpulang pada keadaannya.

“Kami sekeluarga hanya mampu berserah pada Tuhan dan mengharapkan kesihatan Syamsul akan pulih supaya semuanya dapat berjalan seperti yang dirancang,” jelasnya.

Pada masa yang sama, Yusof turut menafikan majlis pernikahan tersebut akan dijalankan di hospital seperti yang dinyatakan Syamsul sebagai gurauan.

“Majlis ini tidak akan dijalankan di hospital kerana saya rasa memang tidak sesuai dan hanya akan mengganggu pesakit lain, lagi pun saya rasa ia kurang manis.

“Saya juga tidak yakin kalau pihak hospital juga akan memberikan kebenaran,” katanya.


Sumber: Sinar Harian

FAM Bakal Disaman Bekas Pemain KL

KUALA LUMPUR - Bekas pemain bola sepak Kuala Lumpur Hafizi Roslee, yang digantung seumur hidup kerana didapati terlibat dalam skandal rasuah dan mengatur perlawanan, memfailkan saman terhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung penggantungan itu.
 
Hafizi, 29, selaku plaintif memfailkan saman pemula itu terhadap FAM dan Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur, selaku defendan menerusi Tetuan Khairuddin Ngiam & Tan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, pada 26 Februari lepas.
    
Media memperoleh salinan saman itu hari ini melalui peguam Kevin De Rozario yang mewakili bekas pemain bola sepak itu.
    
Kevin memberitahu media bahawa mahkamah menetapkan 17 Mac ini untuk pengurusan kes di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Rosilah Yop.
   
Dalam saman pemula itu, Hafizi memohon satu perintah supaya mahkamah membatalkan keputusan FAM yang menggantungnya seumur hidup daripada sebarang kegiatan bola sepak.
    
Hafizi turut memohon deklarasi bahawa segala tatacara dan prosiding tatatertib, hukuman dan rayuan dalam Kod Tatatertib FAM Edisi 2012 adalah tidak berperlembagaan, sebarangan dan bercanggah dengan peraturan keadilan asasi serta dasar awam.
 
Beliau juga memohon satu deklarasi bahawa perbicaraan yang dikendalikan FAM tanpa kehadirannya pada 20 Disember, tahun lepas adalah batal dan tidak sah.
Pada 20 Disember tahun lepas, Jawatankuasa Tatatertib FAM menjatuhkan hukuman penggantungan seumur hidup selain denda berjumlah RM20,000 kepada Hafizi dan empat pemain skuad warga kota yang didapati bersalah dalam skandal rasuah dan mengatur perlawanan.
 
Mereka yang lain adalah Fadhullah Yunsifar, Phoo Kai Lun, Khairul Anuar Shafie dan Jeremy Danker.
   
Selain itu, Ketua Jurulatih Kuala Lumpur, Stanislav Lieskovsky dari Slovakia; Penolong Pengurus Rosli Omar dan Pegawai Pasukan Saari Jani yang didapati bersalah oleh jawatankuasa berkenaan, turut menerima hukuman yang sama. 


Sumber: Bernama

Wednesday, 5 March 2014

Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episod 39

Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episode 39

Jadi Jutawan Dengan Menjual Rambut




Do Van Thu menjadi kaya selepas dia menjual rambut manusia. Thu menjadi jutawan dalam tempoh 13 tahun selepas dia memulakan perniagaan menjual rambut manusia sehingga dieksport ke luar negara.

“Pada setiap tahun, keluarga saya mengeksport 50 tan hingga 60 tan rambut ke China.

“Kami membeli rambut di seluruh Vietnam termasuk dari Laos dan Kemboja,” katanya yang berusia 50 tahun.

Permintaan untuk mendapatkan rambut itu telah meningkat sejak sepuluh tahun lalu terutamanya daripada golongan wanita muda.

Thu mempunyai sebuah bengkel yang digunakan untuk membersih dan mengumpulkan rambut itu di sini sekali gus memberi peluang pekerjaan kepada penduduk kampung.
“Setiap pekerja saya memperoleh pendapatan AS$140 (RM427) sebulan,” katanya.
Jumlah itu tiga kali ganda daripada purata pendapatan penduduk luar bandar di negara ini.

Menurut seorang penduduk kampung ini, Nguyen Van Tam, harga rambut itu adalah antara AS$45 (RM137) hingga AS$250 (RM763) bagi setiap satu kilogram. Menurutnya, harga tersebut adalah bergantung kepada kualiti rambut.

Hebat sangat-sangat Thu nih, kerana dengan rambut manusia dah dipotong dan kebiasaannya kita akan buang atau tanam.. Dia mampu jadikan rambut itu sebagai sumber pencarian dan menjadi jutawan… Tanpa usaha, kejayaan takkan datang bergolekkan






































Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episod 38

Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episode 38

Tuesday, 4 March 2014

10 Mengenai Doraemon Yang Tidak Diketahui


Mari baca ni 10 perkara mengenai doraemon yang tidak diketahui umum, dikongsikan dalam komik Kreko


1. Apa maksud nama Doraemon?
- Nama Doraemon sebenarnya dicipta dari dua patah perkataan: Dora dan Emon. Dora adalah seperti kucing jalanan yang liar, manakala Emon pula adalah kata ganti untuk haiwan jantan bagi bahasa Jepun. Jadi maksud nama Doraemon adalah kucing jantan liar! Tapi adakah Dora the explorer bermaksud Si pengembara Kucing jalanan liar?

2. Tarikh Lahir Doraemon?
- Doraemon dilahirkan pada 3 September 2112 iaitu tarikh di mana Doraemon dihasilkan.

3. Doraemon Mempunyai Kod Pengeluaran?
- Ya! Doraemon memiliki kod pengeluaran iaitu MS-903. Ini adalah nama asli Doraemon sebagai robot dan dengan nama inilah ia dipanggil oleh pemilik kilang robot dimana ia dicipta!

4. Apa Warna Asal Doraemon?
- Warna cat asal Doraemon adalah kuning. setelah mendapat tahu telinga digigit tikus, Doraemon dengan mood sedih ala-ala feeling Ombak Rindu merasa tertekan dan menyelinap ke atas menara dan meminum air ramuan berlabel “kesedihan”. Ketika Doraemon menangis, warna kuningnya luntur dan suaranya berubah disebabkan ramuan itu.

5. Berapa Jumlah Alat Di Dalam Poket Doraemon?
- Terdapat lebih kurang 4500 alat telah dikeluarkan dari poket Doraemon, termasuklah yang paling terkenal iaitu Doko Demo Doa ( Pintu Ke Mana Saja), Tate Kopta (Alat Terbang Buluh) dan Time Machine (Mesin Masa).

6. Doraemon Mempunyai Nombor Ajaib?
- 1293!! Doraemon memiliki berat 129.3 kg (amboi beratnya, obesiti ke hapa nie?), dan tinggi 129.3 cm. Boleh berlari sehingga 129.3km/jam ketika dalam ketakutan disunat dan melompat setinggi 129.3cm ketika diancam bahaya. Lingkar pergelangan tangan berukuran 129.3mm, kaki berdiameter 129.3mm dan dicipta pada 3/9/2112.

7. Di mana butang On/Off Doraemon?
- Pada bahagian ekornya berbentuk bulat berwarna merah.

8. Kenapa Doraemon dan Dorami dikatakan adik beradik?
- Kerana kedua-duanya berasal dari tangki minyak yang sama, tetapi Doraemon dihasilkan dua tahun lebih awal.

9. Doraemon pernah bersekolah?
- Pernah, di sekolah yang namanya Sekolah Robot. Aku teka dia belajar menari ballet kat sekolah ni.

10. Bagaimana Prestasi Doraemon di Sekolah?
- Prestasi yang buruk sehingga tiada sesiapa yang berminat mengambil sebagai teman sehinggalah Sewaishi (cicit Nobita) sangat menyukai Doraemon dan menghantarnya kepada Nobita untuk menjaganya.

p/s: Industri animasi Malaysia pun dah banyak berkembang. Kalau dulu animasi 2D macam Sang Wira memang jauh dibanding dengan anime 2D Jepun macam Doraemon ni. Tapi sekarang, kehadiran bakat-bakat yang menghasilkan animasi makin bermutu, macam Upin Ipin, Bola Kampung dan banyak lagi memberi sinar baru bagi industri animasi ni. Sebagai rakyat Malaysia kita sepatutnya bangga dengan perkembangan dunia animasi Malaysia hari ni. Moga standard dan kualiti makin bertambah, setanding dengan animasi antarabangsa yang lain.

Sumber: http://www.ohmymedia.net/