Endometriosis boleh sebabkan kemandulan

Keadaan ini jika berterusan akan menyebabkan tiub falopio menghasilkan belon cecair yang mengandungi darah lama yang juga dikenali sebagai ‘choclate cyst’ dan ini akan mengakibatkan kemandulan.

‘Doktor’ gersang jerat wanita

‘Mat Gersang’ kembali lagi. Jika dahulu kecoh dengan kes lelaki menyamar sebagai doktor yang bertindak menghubungi pesakit wanita dan meminta melakukan aksi lucah, kes yang sama dilaporkan berulang kembali.

Disebalik Rahsia Kopi Dan Islam

Daripada seorang gembala kambing di Yemen atau Ethiopia kepada pembentukan pemikiran politik masyarakat Eropah, minuman kopi yang kini mencatatkan lebih satu bilion cawan setiap hari itu merupakan satu inovasi Islam yang paling penting dalam sejarah kehidupan manusia hari ini.

Mengapa Lelaki Bangladesh Selalu Berjalan Berpegangan Tangan?

Perkara yang sama saya jumpa di Mekah dan Madinah ini. Saya beranikan diri untuk menyapa mereka mengapa mereka berpegangan tangan bila berjalan bersama kawan lelaki. Bukankah itu menampakkan seperti kamu mempunyai hubungan songsang atau gay?Lalu Bangla itu tersenyum dan menjawab dengan selamba..

Petua Suburkan Sperma

Walaupun banyak yang menganggap mitos, tapi doktor dan pakar kesihatan, dr. Sonia Wibisono percaya bahawa tauge memiliki manfaat kesihatan seperti meningkatkan tenaga pasangan saat bercinta..

Showing posts with label Semasa. Show all posts
Showing posts with label Semasa. Show all posts

Wednesday, 12 March 2014

Khidmat bomoh - Fathul mahu Jakim bertindak

Fathul Bari
  Fathul Bari Mat Jahaya

PUTRAJAYA - Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya menggesa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memandang serius pembabitan bomoh dalam usaha mencari pesawat MAS yang hilang sejak Sabtu lalu.

"Mohon Jakim memandang serius isu penglibatan bomoh-bomoh dalam mencari MH370 pelbagai versi.

"Ada tikar terbang zam-zam ala kazam, labu, kelapa, teropong, bubu dan sebagainya," katanya dalam akaun Twitternya, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) gempar seketika dengan kemunculan seorang lelaki yang mendakwa sebagai 'Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP' yang kononnya mampu membuat ramalan lokasi pesawat MAS penerbangan MH370 yang dilaporkan hilang.

Terbaru, KLIA lagi sekali digemparkan dengan penyebaran gambar dengan kehadiran sekumpulan tiga lelaki memakai sut lengkap untuk memulakan ritual mengesan pesawat tersebut.

Warga Internet Pertikai Kesahihan Gambar Pemilik Pasport Palsu MH370

SHAH ALAM, 12 MAC: Identiti penumpang pesawat MAS MH370 yang disahkan menggunakan mengguna pasport palsu dipertikaikan ramai pihak di media sosial ekoran terdapat persamaan di bahagian kaki dua lelaki terbabit.

Laman sesawang http://bloglist-malaysia.blogspot.com/ mempertikaikan bagaimana bahagian kaki Pouria Nour Mohammad Mehrdad, 19 (kiri) dan Delavar Syed Mohammad Reza, 30, mempunyai persamaan yang nyata.

“Pelik, kaki yang sama, kasut yang sama, ternyata gambar ini ada penipuan,” kata blogger laman terbabit.

Sementara itu, beberapa pemilik laman Facebook dan Twitter juga dilihat mempersoalkan gambar berkenaan yang dikeluarkan polis antarabangsa (Interpol), semalam.

Terdahulu, Setiausaha Agung Organisasi Polis Antarabangsa, Richard K Noble, berkata Delavar dan Pouri sebelum ini dikenal pasti oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar terbang dari Doha ke Kuala Lumpur dengan pasport Iran, pada 28 Februari lalu.

Bercakap pada sidang akhbar di Lyon, beliau berkata, mereka kemudian menggunakan pasport warganegara Austria dan Itali yang dicuri untuk menaiki penerbangan MH370 itu dan kemungkinan adalah pengganas kecil.

Persoalannya, bagaimana gambar berkenaan boleh mempunyai persamaan yang nyata hingga menimbulkan rasa kurang senang dan keraguan ramai pihak terhadap penyiasatan yang dijalankan.-sk 

Majalah Dari UK Dakwa Pesawat MH370 Hantar Dua Data Sebelum Hilang

Post Pic
UNITED KINGDOM: Pesawat Boeing 777-200ER milik Malaysia Airlines (MAS) menghantar sekurang-kurangnya dua data teknikal kepada menara kawalan sebelum hilang, menurut majalah New Scientist.
 
Data tersebut mungkin membantu penyiasat memahami apa yang tidak kena kepada pesawat itu dengan tiada sebarang petanda sejak ia hilang pada awal pagi Sabtu, menurut laporan itu semalam.


“MAS tidak mendedahkannya jika mendapat sesuatu daripada data Acars,” katanya merujuk kepada Sistem Laporan dan Komunikasi Pesawat (Acars) yang mengumpul secara automatik empat laporan teknikal setiap penerbangan bagi memudahkan jurutera mengenal pasti masalah.
 
Laporan itu boleh dihantar melalui gelombang radio VHF atau satelit di tempat berlepas, semasa mendaki, di satu titik ketika terbang atau semasa mendarat.
 
Majalah tersebut mendapati kenyataan media ke-11 Malaysia Airlines ada menyebut, “Semua pesawat MAS dilengkapi dengan Acars yang menghantar data secara automatik. Bagaimanapun, tiada panggilan kecemasan dan tiada maklumat yang diperoleh.”
 
“Ia mungkin masih belum ada maklumat kukuh yang diperoleh. Tetapi New Scientist difahamkan syarikat pengeluar enjin Trent 800 Boeing 777, Rolls Royce menerima dua laporan data daripada penerbangan MH370 di pusat pemantauan enjin global di Derby, United Kingdom di mana mereka memantau penggunaan enjin pesawatnya.”
 
Difahamkan meskipun data enjin dipantau daripada Acars yang lebih besar melaporkan semua penerbangan kritikal dan avionik, ia mungkin bermaksud menara kawalan mempunyai petanda berguna mengenai keadaan pesawat sebelum dilaporkan hilang.
 
“Pesawat tidak terbang lama untuk mengeluarkan lebih laporan Acars,” menurut laporan itu merujuk kepada pesawat yang hilang daripada radar pada jam 1.30 pagi waktu tempatan.
 
“Di bawah peraturan Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa, laporan sedemikian kekal sulit sehinggalah diperlukan penyiasat,” katanya.
 
Pencarian kehilangan pesawat itu diteruskan untuk hari kelima hari ini meliputi kawasan Laut Andaman, Selat Melaka dan Laut China Selatan.
 
Tiada petanda di mana kedudukan pesawat itu sejak ia hilang menjadikannya salah satu misteri penerbangan yang pernah berlaku. TKO

Tuesday, 11 March 2014

MH370: Harapan Tipis Untuk Dapat Berita Baik

PHU QUOC - VIETNAM. Harapan untuk mendengar sebarang berita baik berhubung kehilangan pesawat milik Malaysia Airlines (MAS) adalah tipis, menurut kerajaan Vietnam.

Timbalan Menteri Pengangkutan Vietnam Pham Quy Tieu berkata, berdasarkan maklumat yang mereka terima, perkara yang 'tidak baik' telah berlaku.

Beliau bagaimanapun memberi jaminan Vietnam akan cuba mencari pesawat itu secepat mungkin dan untuk menjawab persoalan terutama daripada keluarga penumpang pesawat itu.

"Kami tidak menjangka perkara buruk tetapi kami telah bersedia (untuk menghadapinya)," katanya dalam sidang media di pusat mencari dan menyelamat di sini, hari ini.

Sementara itu, tentera Vietnam juga menggiatkan lagi usaha mencari dan menyelamat di perairan negara itu dengan 10 pesawat digunakan bagi operasi hari ini.

Ini termasuk dua pesawat pengangkut CASA dan empat pesawat A56 untuk pencarian di altitud tinggi antara 3,000 dan 5,000 meter.

Selain itu, helikopter juga digunakan untuk pencarian pada ketinggian rendah, berdekatan permukaan air.


Sumber: www.sinarharian.com.my

MH370: Bomoh Tahyul Dibidas Dr Asri

Kata bomoh tersohor VIP pesawat MH370 yang hilang kini tergantung di alam ghaib. Mantan Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin sakit telinga mendengar perkara tersebut dan membidas golongan terbabit.

Melalui FB hari ini, Dr Asri menulis  bomoh yang mengamalkan amalan khurafat ini boleh mengelirukan golongan bukan Islam mengenai agama itu.

“Tak cukup dengan kehilangan MH370, muncul pula macam-macam bomoh khurafat dengan pelbagai aksi yang memperbodohkan diri sendiri, bahkan juga boleh menimbulkan salah sangka orang ramai terutama non-muslim terhadap Islam,” Mohd Asri berkata.

Dr Asri bertegas penggunaan ayat suci al-Quran oleh golongan ini tidak bermakna mereka melakukan perkara yang betul.

“Mereka mempergunakan ayat-ayat al-Quran secara salah dan selekeh. Ingatlah bahawa segala yang bodoh dan tahyul itu bukan ajaran Islam,” tambahnya lagi.

Semalam, seorang bomoh bernama Mahaguru Ibrahim Mat Zin mendakwa pesawat MH370 tergantung di atas paras Laut China Selatan berhampiran Vietnam kerana disembunyikan orang bunian. Berita tersebut di sini

Wajah Pemegang Pasport Curi Didedah


SEPANG - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan salah seorang pemegang pasport curi yang menaiki pesawat Boeing 777 MH370 tiada kaitan dengan kumpulan pengganas.

Menurutnya, pemilik pasport itu ialah seorang remaja Iran berumur 19 tahun yang cuba berhijrah dan menetap di Jerman.

"Salah seorang pemilik pasport palsu itu bernama Pouria Nour Mohmammad Mahrdad yang cuba keluar negara untuk berhijrah dan menetap di Jerman manakala identiti seorang lagi masih belum dikenal pasti.

"Pihak berkuasa tempatan telah bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Jerman dan kami diberi maklumat ibunya sedang menunggu ketibaannya di Frankfurt.

“Apabila menyedari anaknya tidak tiba di sana, ibunya mula menghubungi pihak berkuasa untuk mengetahui keadaan anaknya," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Tambah Khalid lagi, pihak berkuasa sedang mengesan identiti seorang lagi penumpang yang turut memegang pasport curi.

Polis mendedahkan gambar kedua-dua individu berkenaan hari ini

Pesawat MAS MH370 yang membawa 239 penumpang termasuk anak kapal dilaporkan berlepas dari Lapangan terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 12.41 pagi Sabtu lalu dan dijadualkan tiba pada 6.40 pagi pada hari yang sama.

Namun pesawat itu dikatakan terputus hubungan komunikasi pada jam 2.40 pagi dan tidak dapat dikesan sehingga kini.

Susulan daripada insiden itu, pihak berkuasa tempatan telah mengadakan kerjasama dengan sembilan buah negara dalam misi mencari dan menyelamat pesawat terbabit.

Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya kini sedang menyiasat punca kehilangan pesawat MH370.

"Kami sedang fokus dan kaji motif kehilangan pesawat, antara motif yang berkemungkinan ialah sabotaj, rampasan, masalah psikologi dan masalah peribadi penumpang dan krew," katanya  lagi.

Beliau turut berharap agar semua pihak dapat bersabar dan memberikan pihak berkuasa lebih masa untuk membuat siasatan ke atas kehilangan pesawat MH370.

Monday, 10 March 2014

Kapten Zaharie Shah Pula Difitnah Merampas MH370?



Kehilangan kapal terbang MAS MH370 memang cukup misteri dan banyak tenaga pakar dan juga peralatan canggih daripada pelbagai negara digunakan namum tidak membayangkan satu pentunjuk pun. Dalam hal ini kita kena berfikir diluar "kotak kemungkinan". Apa sahaja yang tidak mustahil boleh jadi benar. Ini perlu dilakukan secara cermat tanpa menguris perasaan mereka yang kehilangan sanak saudara dalam kejadian ini.

Tapi malangnya ada penulis BLOG TERNAMA tidak mengambil kira sensitiviti ini dan membuat tuduhan dan andaian yang sangat jahat. Kita faham bila tidak ada pentunjuk kita boleh membuat ramalan dan kemungkinan luar kotak tapi kalau cuba mengaitkan isu kehilangan ini dengan politik satu cara yang tidak betul.

Biarlah pihak penyiasat membuat siasatan kemungkinan yang ada. Bukan siasatan kepada kapten kapal tetapi semua kru, malah penumpang.

Menulis secara terbuka bagi tujuan membuat persepsi buruk boleh menyebab keluarga mangsa makin berduka cita.

Kita sebut dan gemburkan tentang menghantar pakar motivasi dan kaunselor untuk membantu keluarga mangsa tetapi dalam masa yang sama kita membuat tuduhan liar.

Saya rasa Kepimpinan UMNO perlu ambil tindakan tegas kepada blogger mereka yang 'kurang ajar'.

Tulisan ini adalah merujuk kepada artikel di bawah :-


#MH370: Fokus Kedua Siasatan Perlu Dilakukan Pada Juruterbang Pesawatkapten_zaharie

PENULIS faham bahawa semua pihak berkuasa negara sekarang sedang memfokuskan usaha kepada mencari lokasi pesawat MH370 yang hilang sejak Sabtu lepas.
Bagaimanapun, kalau dibenar untuk memberikan cadangan, penulis suka nak mengsyorkan agar pihak-pihak berkuasa terbabit perlu mula memfokuskan siasatan kepada juruterbang pesawat berkenaan, Kapten Zaharie Ahmad Shah.

Ini setelah penulis meneliti pandangan beberapa pakar penerbangan yang merumuskan bahawa, hanya ada 2 cara saja transponder (alat untuk mengesan pesawat) 777-200 itu gagal berfungsi sehingga sukar dikesan, pertama, alat tersebut musnah dalam letupanatau ia dimatikan secara sengaja oleh kapten pesawat.

Tanpa mana-mana satu diatas, transponder berkenaan sudah pasti berfungsi dan kebarangkalian pesawat itu boleh dikesan adalah tinggi kerana Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat, Pentagon tidak mengesan sebarang letupan di udara di kawasan itu pada hari kejadian.
Sekarang ini penulis melihat banyak pihak sedang fokus kepada 2 orang penumpang pesawat itu yang dikesan menggunakan pasport palsu.  Walaupun maklumat itu sudah disahkan benar, tapi belum ada apa-apa petunjuk yang mengaitkan kedua penumpang tersebut sebagai punca kehilangan pesawat.

Padahal dalam masa yang sama, Kapten Zaharie ini dikatakan mempunyai ketaksuban yang melampau sehingga mempunyai alat simulasi penerbangan yang menyerupai instrumen sama dalam kokpit pesawat 777-200 dirumahnya!!

Sedangkan simulator penerbangan 777-200 di MAS pun rasa penulis 100 kali lebih canggih dari apa yang ada di rumah Kapten Zaharie ini.

Persoalan kenapa dia perlu mempunyai simulator sendiri di rumah sedangkan dia boleh sahaja menggunakan simulator di pusat latihan MAS, perlu disiasat.  Adakah ada corak-corak penerbangan tertentu yang dia tidak mahu orang lain tahu?  Maklum sajalah, kalau berlatih menggunakan simulator MAS, segala pergerakan akan direkodkan dan disimpan untuk rujukan.

Jangan silap, penulis bukan cuba nak membuat teori yang bukan-bukan mengenai juruterbang berkenaan, tapi faktor manusia memang diketahui menjadi punca utama kebanyakkan kemalangan kapal terbang sebelum ini.

Tak salah rasanya kalau kita mencadangkan pihak-pihak berkenaan menjadikan faktor juruterbang ini sebagai fokus kedua siasatan sementara tidak ada petunjuk mengenai keberadaan pesawat berkenaan (setakat artikel ini ditulis).

Cadangan ini juga tidak ada kena mengenai dengan beberapa laporan oleh blog-blog tertentu yang menunjukkan Kapten pesawat ini adalah pengikut tegar PKR yang mana penasihat umumnya dijatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun pada Jumaat lepas – beberapa jam sebelum pesawat ini dilaporkan hilang.

zahari



Kumpulan China Dakwa Rampas MH370???

Sepang: Kenyataan kumpulan menggelar diri mereka daripada Chinese Martyrs’ Brigade yang mengaku bertanggungjawab terhadap kehilangan pesawat MH370 sedang disiasat walaupun ia diragui.

Pihak China dan media negara itu yang menerima kenyataan berkenaan juga menolaknya kerana menganggap ia sebagai palsu untuk membangkitkan ketegangan etnik di negara berkenaan. 

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata China menghantar pasukan khas ke Malaysia bagi membantu negara merungkai misteri kehilangan pesawat, khususnya dalam tiga aspek.


Ia merangkumi usaha mencari dan menyelamat, pasport palsu dan memastikan kebajikan keluarga warga China yang dibawa ke Malaysia.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata, pasukan khas terbabit akan berada di Malaysia untuk tempoh tertentu bagi membantu siasatan kehilangan pesawat MH370.

“Pasukan ini adalah wakil kementerian yang berkepentingan dan mewakili Parti Komunis China. Ini adalah hasil perbincangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan rakan sejawatnya dari Republik China dua hari lalu.

Elak buat andaian 

“Menyelaraskan operasi mencari dan menyelamat bukan mudah dan ia perlu digerakkan secepat mungkin. Tiada gunanya kita bincang perkara lain jika belum menemui pesawat.

Saya menggesa media tidak membuat andaian kerana ia boleh menjejaskan operasi, selain kita tidak mahu tersebarnya berita palsu yang boleh mengguris perasaan ahli keluarga penumpang pesawat,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Yahya dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya.

Hishammuddin juga menafikan dakwaan bahawa Kerajaan China kurang berpuasa hati kerana Malaysia lambat bertindak menangani isu kehilangan pesawat.

Mengenai dua penumpang misteri MH370, Hishammuddin berkata, kerajaan hanya akan mendedahkan gambar mereka menggunakan pasport curi selepas siasatan selesai.

“Kita mendapat bantuan Polis Antarabangsa (INTERPOL), di mana mereka sudah diberikan akses untuk mendapatkan maklumat seperti biometrik, latar belakang, jantina, tarikh lahir dan cap jari. Justeru, kita minta mereka diberi masa untuk melakukan siasatan terperinci,” katanya.

Sementara itu, Azharuddin berkata siasatan lebih terperinci berhubung dua penumpang misteri terbabit dijalankan oleh pasukan penyiasat khas merangkumi pakar bidang berkenaan.

“Ini termasuk meneliti rakaman video penumpang yang dikenal pasti dan sebarang maklumat hanya boleh didedahkan selepas itu.

“Mengenai lima bagasi yang dibawa keluar daripada MH370 selepas pemiliknya tidak menaiki penerbangan, saya tegaskan DCA mengesahkan tiada bahan terlarang yang ditemui padanya,” katanya. 

Sumber: TKO

MH370 'Hilang' Kerana Kuasa Tuhan



Misi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines Boeing 777-200 penerbangan MH370 ke Beijing yang dilaporkan hilang dari radar Sabtu lalu telah masuk hari ketiga.

Namun, sehingga jam 11 malam, masih tiada sebarang petanda yang menunjukkan perkembangan positif terhadap misi tersebut.

Segala teknologi dan peralatan canggih  dari seluruh dunia telah dikerahkan dalam misi itu tetapi masih tiada hasil setakat ini.

Melihat kepada kegagalan sains moden dalam mengesan lokasi MH370, bekas ketua juruterbang B777 Fleet MAS, Kapten Noruddin Abd Majid tidak menolak kehilangan pesawat berkenaan adalah kerana kuasa tuhan..

"Dunia berada pada tahap teknologi yang tertinggi di mana seseorang berjalan di lorong pun dapat dilihat daripada angkasa dan dapat diketahui identitinya.

"Apa pun yang berlaku, sebagai orang beriman, ini adalah ketentuanNYA. Ini bukan pertama kali berlaku di mana pesawat hilang daripada udara," katanya yang dipetik pada laporan sebuah TV, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau menyentuh tentang kehilangan pesawat itu dari radar pada ketinggian 35,000 kaki secara tiba-tiba.

"Satu dunia sudah melihat di mana sebuah kapal terbang yang berada pada ketinggian 35,000 kaki dengan kelajuan 855 kilometer (km) sejam dan kalau tak silap 14.5 km seminit melepasi pantai timur semenanjung dan baru saja hendak memasuki ruang udara Vietnam, hilang secara tiba-tiba.

"Berdasarkan kenyataan (pihak berkuasa), sebelum masuk ruang udara Vietnam, dalam kawalan positif dengan Air Traffic Control (ATC), pesawat tiba-tiba hilang terus dari skrin radar. Tidak ada kesan langsung.

"Ini mengelirukan dan satu perkara ajaib yang kita kena terima. Dunia kena terima," katanya.

Ketika ditanya soal tindakan yang boleh dilakukan, beliau berkata doa adalah senjatanya.

"Doa daripada orang-orang soleh yang dekat dgn ALLAH dan juga keluarga kerana mereka sedang beremosi. ALLAH melihatnya," katanya.

Dalam pada itu, beliau menolak kemungkinan pesawat itu meletup di udara, ekoran tiada petanda ataupun serpihan yang ditemui selepas tiga hari operasi mencari dilancarkan.

"Kalau meletup sekalipun di udara, mesti ada serpihan. Pasti. Kerana pesawat ini terlalu besar. Enjinya adalah paling besar di dunia, sama saiz dengan badan Boeing 737.

"Tapi tak ada petanda. Tak ada serpihan. Tak ada tanda pada bacaan radar, jadi, tidak mungkin," katanya.

Beliau terlibat dalam operasi membawa pesawat Boeing 777-200 itu ke Malaysia pada tahun 2002.

Insiden MH370 Hasil Standard Dunia Ke-3?

Ketika menunggu jawapan mengenai nasib penerbangan MH370, kita harus mengakui bahawa kawalan keselamatan di lapangan terbang Malaysia cukup longgar dan “santai”, kata A Kadir Jasin.

Tanpa mengecualikan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), tokoh wartawan itu berkata, ia berbeza jika dibandingkan dengan kawalan keselamatan di negara lain seperti Eropah, malah lapangan terbang raksasa seperti di Dubai.

“Apakah kita telah membayar harga yang sangat mahal kerana sikap dan standard dunia ketiga kita terhadap keselamatan dan pengurusan aset?

“Atau apakah ini bala mutakhir akibat rasuah, penyalahgunaan kuasa dan keabaian yang berulang kali dilaporkan berlaku di KLIA?” soal Kadir, bekas ketua pengarang Kumpulan New Straits Times.

Menulis di blognya hari ini, Kadir juga berkata, kita terpaksa mengakui bahawa kehilangan pesawat Boeing 777 di Laut China Selatan itu adalah misteri luar biasa.

Malah, katanya, lebih “mengacau fikiran” apabila ia hilang di “kawasan yang semakin hari semakin tegang konfrontasi bersenjatanya.”

“Yang menjadi tanda tanya adalah bagaimana sebuah pesawat yang begitu besar, begitu canggih, dengan rekod keselamatan yang amat baik dan di tangan seorang juruterbang yang sangat berpengalaman boleh hilang tanpa kesan, tanpa pesanan SOS (isyarat kecemasan), tanpa signal dalam apa-apa bentuk pun,” katanya.

Kawasan itu menurut Kadir, lagi kini menjadi tempat latihan di darat, laut dan udara oleh angkatan tentera Amerika Syarikat, China, Taiwan, Vietnam dan Filipina.-mk 

Raja Bomoh Dakwa MH370 'Tergantung' Antara Tiga Negara


Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar seketika petang semalam selepas muncul seorang lelaki yang mendakwa sebagai Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP yang kononnya mampu membuat ramalan berhubung keadaan pesawat MH370 yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu.

Bomoh terbabit, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin, 80, yang berpengalaman lebih 50 tahun mendakwa berdasarkan upacara yang dilakukan selama 30 minit itu, beliau mendapat alamat bahawa kesemua penumpang pesawat terbabit dipercayai masih berada dalam keadaan selamat di satu lokasi tertentu terletak antara Laut China Selatan, Filipina dan sebuah negara asing yang tidak dapat dipastikan.

"Saya nampak pesawat itu masih tergantung di ruang udara, di tengah -tengah ketiga-tiga lokasi terbabit.

"Saya tak dapat jelaskan secara terperinci soal keselamatan mereka tetapi percaya pesawat itu mungkin berada dalam dua keadaan sama ada diculik oleh pihak tertentu atau disembunyikan di alam ghaib", katanya semalam.



Upacara ritual itu menggunakan peralatan khas iaitu teropong buluh serta bubu mata pancing sebagai simbolik untuk memperoleh alamat terkini berhubung keadaan pesawat terbabit.

Ibrahim berkata, bubu mata pancing terbabit sebagai simbolik penjara di mana pesawat itu dipercayai berada dalam cengkaman pihak tertentu atau ditawan di alam bunian.

"Kita gunakan teropong sebagai simbolik meminta anasir-anasir terbabit untuk membebaskan pesawat terbabit secepat mungkin.

"Upacara yang kita buat turut menggunakan ayat-ayat suci al-Quran iaitu surah Nabi Yunus dan surah Yassin,"katanya.

Dalam upacara tersebut, Ibrahim turut mempelawa beberapa individu daripada pelbagai bangsa termasuk seorang wakil media untuk membuat ritual pembebasan dengan meletakkan bubu mata pancing di atas kepala mereka.

Menurut bomoh yang mendakwa pernah menampar buaya tembaga sehingga mati itu, selain upacara terbabit, seramai 100,000 ahli Persatuan Silat Gayung Ghaib dan Selendang Merah turut melakukan solat hajat serta berdoa semoga pesawat yang hilang ditemui dalam minggu ini.

Katanya, pihaknya sudah melakukan perkara yang sepatutnya dilakukan dan selebihnya terserah kepada Allah SWT.

Beliau berkata, pihaknya mendapat jemputan daripada seseorang yang 'penting' untuk melakukan upacara tersebut semalam.

Ibrahim sebelum ini mendakwa pernah terlibat dalam membuat ramalan untuk kes antaranya berkaitan kes tragedi Highland Tower serta membatalkan ilmu hitam Mona Fendy agar hakim dapat menjalankan tugas di Mahkamah Temerloh, Pahang.

Ihsan Akhbar Tempatan

Perokok Pemalas Dan Mudah Cemas?

Semua orang tahu merokok ibarat membakar diri. Bukan saja sengaja mendedahkan diri kepada pelbagai risiko penyakit, ia juga membahayakan orang sekeliling yang menghidu asapnya. Tidak hanya itu, merokok membuatkan tubuh berbau sehingga boleh mengganggu ketenangan orang yang ada berdekatan anda.
Walaupun berpuluh-puluh ribu kajian dijalankan ke atas perokok merangkumi aspek kesihatan, keburukan, kesan jangka panjang dan sebagainya, ia tetap tidak boleh mengubah tabiat golongan ini. 
Faktor cara hidup tidak sihat ditambah pula pola pemakanan yang gagal mengikut garis panduan betul membuatkan perokok zaman sekarang mudah ditimpa pelbagai penyakit. Lebih membimbangkan ada antara mereka terpaksa menanggung sengsara lebih awal seawal usia 20-an.

Mungkin isu kesihatan sudah muak dibincangkan hingga ada segelintir perokok seolah-olah bersedia menghadapi apa saja penyakit bakal dihadapinya kelak. Justeru, artikel Gen Y kali ini membongkar sikap pasif yang ada pada si perokok walaupun mereka pasti menafikannya!


50 Perokok baru setiap hari

Keputusan Tinjauan Morbiditi dan Mortaliti Kebangsaan pada 2003 amat membimbangkan apabila mendapati remaja adalah kelompok terbesar memegang status perokok baru. Sebilangan besar perokok dikesan mula berjinak dengan tabiat ini sejak remaja. Purata umur mula merokok ialah 18 tahun. Dilaporkan pada 1985, sebanyak 9.8 peratus remaja didapati merokok dan kadar itu meningkat kepada 18 peratus pada 2000, malah semakin bertambah tahun demi tahun.

Seiring dengan status negara maju, remaja juga mudah terpengaruh dengan cara hidup moden. Statistik bilangan remaja perempuan yang merokok meningkat lapan peratus dari 2005 hingga 2010. Dicatatkan, jumlah remaja perempuan merokok terutama yang berusia bawah 10 tahun semakin membimbangkan kerana peratusannya lebih tinggi berbanding lelaki iaitu 28.8 peratus berbanding remaja lelaki, 14.1 peratus.

Laporan Modul Berhenti Merokok pada 2001 menunjukkan anggaran seramai 50 hingga 60 remaja yang merokok meningkat setiap hari. Malah, setiap tahun daripada tiga juta perokok dicatatkan pada 2006 iaitu bersamaan lebih 20 peratus rakyat Malaysia meningkat satu peratus atau 30,000 perokok baru dilahirkan tahun demi tahun walaupun pelbagai kempen jauhi rokok dilaksanakan.

Penulis percaya, remaja bukannya tidak tahu mengenai kempen dijalankan hampir setiap bulan, tetapi tahap penerimaan mereka terhadap kempen itu adalah kurang. Hal ini dapat dibuktikan dengan jumlah remaja yang merokok dicatatkan melebihi 3.12 juta orang pada 2010.


Kurang berjalan dan cepat cemas

Kajian daripada Universiti Negeri Londrina, Brazil mendapati perokok kurang aktif bergerak jika dibandingkan dengan individu yang tidak merokok. Kajian unik ini dijalankan ke atas 60 perokok dan 50 individu tidak merokok. 

Pengkaji meminta peserta menggunakan alat pengukur langkah (pedometer) untuk mengukur aktiviti yang mereka lakukan selama 12 jam setiap hari bagi tempoh enam hari secara keseluruhan. Hasil kajian mendapati, jumlah langkah harian perokok lebih sedikit berbanding mereka yang tidak merokok.

Selain itu, keputusan turut menunjukkan perokok mengalami penurunan dalam fungsi paru-paru hingga membuatkan mereka lebih sukar untuk terbabit dalam olahraga.

Menurut kajian ini lagi, ketika diminta menilai kualiti kehidupan berhubung kesihatan, perokok menyatakan mereka lebih cepat letih dan kurang motivasi untuk mengubah gaya hidup. 

Secara tidak langsung, tidak keterlaluan jika penulis berpendapat perokok menjadi lebih cepat malas disebabkan faktor tubuh cepat letih dan kekurangan stamina.

“Setahu kami, ini kajian pertama yang menunjukkan secara objektif bahawa ada pengurangan aktiviti luar seorang perokok dibandingkan dengan orang yang tidak merokok.

“Selain menurunnya fungsi paru-paru, kapasiti senaman ataupun aktiviti olahraga dan kualiti hidup, perokok juga lebih mudah mengalami rasa cemas dan tertekan serta berjalan lebih sedikit daripada orang yang tidak merokok dalam rutin seharian,” kata ketua pengkaji Karina Furlanetto.

Sementara itu, kajian lain dijalankan Sekolah Perubatan Charite Berlin, Jerman sebelum ini mendapati tempoh waktu tidur perokok lebih sedikit jika dibandingkan dengan orang tidak merokok. Dicatatkan, sebanyak 17 peratus perokok tidur kurang enam jam sehari dan 28 peratus daripadanya mengalami gangguan tidur.

Sebagai perbandingan, penyelidikan tempoh waktu tidur turut dijalankan ke atas individu tidak merokok. Keputusannya, hanya lapan peratus orang yang tidak merokok tidur kurang dari enam jam dan hanya 19 peratus melaporkan mengalami gangguan tidur. Jumlah ini masih rendah berbanding keputusan bagi kumpulan perokok.


Seorang daripada lima remaja adalah perokok

Logiknya, kita akan merasakan hal ini adalah isu biasa tetapi merujuk kembali fakta global mengenai perokok, ia adalah isu global yang makin membimbangkan. Dilaporkan, dalam kalangan remaja di seluruh dunia yang berumur antara 13 dan 15 tahun, dianggarkan seorang daripada lima orang adalah perokok.

Secara kasar, 60,000 hingga 100,000 kanak-kanak di seluruh dunia mula merokok setiap hari dan separuh daripada jumlah itu di negara Asia. 

Selain itu, jumlah perokok seluruh dunia dianggarkan sekitar 1.15 bilion orang dan daripada jumlah itu, lebih 80 peratus perokok adalah di negara berpendapatan rendah dan sederhana.

Sesiapa saja pasti tahu sekiranya anda berhenti merokok, kurang risiko menghidapi penyakit serius seperti jantung, diabetes dan angin ahmar.

Namun, bukan hanya soal penyakit untuk menjauhi rokok tetapi ia juga memberi manfaat kepada kesihatan mental. 

Kajian dijalankan Sekolah Perubatan Universiti Washington, Amerika Syarikat ke atas 4,800 perokok aktif mendapati 40 peratus daripada peserta mengalami gangguan emosi iaitu cepat cemas, 50 peratus ketagihan alkohol dan selebihnya ketagihan ubat-ubatan. 

Penulis akui, sikap pasif ini bergantung kepada individu itu sendiri cara dia mengatur rutin harian. Tetapi perokok tidak boleh menafikan pasti ada waktunya anda cepat ‘semput’ berbanding orang lain kerana fakta kajian yang membuktikan semuanya. 

Jika tanggapan anda masih sama, ingatlah sebelum terlambat. Kementerian Kesihatan merekodkan hampir 10,000 kematian setiap tahun dikaitkan dengan tabiat merokok. Adakah anda mahu tergolong dalam statistik ini? Fikirkan.
Sumber: www.hmetro.com.my

Nike, Adidas Berperang! Siapa Tiru Siapa?


Pengeluar jenama gergasi sukan dunia, Nike dan Adidas mengishytiharkan perang secara rasmi apabila mengeluarkan kasut 'revolusi' yang hampir sama.

Adidas lebih awal beberapa jam berbanding produk sukan Amerika Syarikat itu dengan memperkenalkan edisi terhad Primeknit FS yang merupakan 'teknologi' baru dalam bola sepak kepada umum menerusi laman Twitter mereka.

Produk terbaru itu kelihatan seperti kasut 'high cut' yang sebenarnya dilengkapi dengan stokin hibrid primeknit.

Ia merupakan kasut bola sepak pertama di dunia seumpamanya yang disulam dan dilengkapi stokin hibrid.

'Stokin bayang' yang direka untuk memberikan keselesaan untuk disarung dengan sempurna.

Ciri-cirinya termasuk tahap baru fleksibiliti dan keselesaan dengan kestabilan dan kekuatan sama dengan but konvensional.

"Bola sepak tidak akan sama lagi', demikian slogan yang dibawakan Nike ketika melancarkan but baru mereka yang dikenali sebagai Magista di Barcelona.

Nike dalam perlancarannya membawa bintang Barcelona, Andres Iniesta sebagai tarikan utama dalam majlis perkenalan di Sepanyol.

"Bentuk kasut ini sungguh unik dan saya tidak rasa seperti memakainya," kata Iniesta yang menyarung but berwarna kuning terang dan merah.

"Ia memberikan saya pergerakan naluri yang saya perlukan dan memberikan keyakinan yang lebih.

"Kasut ini memberikan kelainan daripada apa yang pernah kita saksikan."

Iniesta menjelaskan dia telah diberi peluang untuk mencubanya beberapa kali dan ianya sangat berbeza dari segi fabrik, sulaman dan juga stokin.

"Apa yang penting saya selesa menyarungnya. Apabila mengawal bola ianya begitu positif kerana ia memberi kawalan lebih dekat dengan kaki. Ia mengikut bentuk kaki dan memberikan keselesaan di pergelangan kaki.

"Perbezaan besar mengenai kasut biasa ia seperti memakai sarung tangan di kaki dan inovasinya, saya rasa begitu positif."

Bagaimanapun Iniesta perlu menunggu untuk menggunakannya secara rasmi di atas padang musim ini. Nike bercadang untuk mula menggunakan Magista dalam final Liga Juara-Juara dan Piala Dunia FIFA Brazil 2014™. -- Astro Arena


10 Tanda Tanya Kehilangan Pesawat MH370




Pesawat MH370 Boeing 777-200 milik Penerbangan Malaysia telah terputus komunikasi dengan menara kawalan trafik udara di Malaysia pada awal pagi Sabtu lalu dan menyebabkan gerakan mencari dan menyelamat besar-besar telah dilakukan melibatkan pelbagai negara.

1. Siapa yang berada di dalam penerbangan MH370?
Terdapat 227 penumpang termasuk 153 warganegara China dan38 rakyat Malaysia. Menurut senarai penumpang, terdapat 2 penumpang kanak-kanak dan kesemua 12 anak kapalmerupakan rakyat Malaysia.
Daripada kesemua warganegara China yang menaiki pesawat itu, 19 daripadanya merupakan artis yang hadir ke sebuah pameran di Kuala Lumpur.
Dipercayai terdapat 2 penumpang yang menggunakan pasport curi.
Senarai bilangan penumpang dan krew yang terlibat dalam kehilangan pesawat MH730 mengikut negara.


2. Bilakah kali terakhir pesawat itu dikesan?
Penerbangan MH370 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 0041 pada Sabtu dan dijadualkan tiba di Beijing pada jam 0630. Pengawal trafik udaraterputus hubungan pada jam 0130.

Gambar dalam imej radar yang menujukkan kedudukan terakhir pesawat MH730 sebelum hilang.


3. Di mana pesawat ini menghilang?
Pesawat ini menyeberangi Laut China Selatan dan di selatan semenanjung Ca Mau, Vietnam. Ia merupakan laluan biasa dengan memasuki ruang udara Kemboja dan juga Vietnam sebelum masuk ke ruang udara China.
Tiada isyarat kecemasan atau isyarat lain dihantar. Akan tetapi, pesawat ini dipercayai cuba berpatah balik dari jalan yang dijadualkan berkemungkinan ke arah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

4. Di mana misi mencari dilakukan?
Tumpuan misi mencari MH370 adalah di perairan Timur Malaysia, di Laut China Selatan.Kini diperluaskan ke Selat Melaka bahagian Pantai Barat Malaysia dan juga sekitar Laut Andaman.

5. Wujud teori berkaitan kehilangan pesawat ini?
Faktor yang diberi perhatian ialah keadaan cuaca yang kurang baik, kesilapan juruterbang dan juga kelayakan terbang.
Keadaan cuaca ketika penerbangan ini dilaporkan baik. Juruterbang pula mempunyai lebih daripada 18,000 jam penerbangan dan mula bertugas sejak 1981.
Malaysia Airlines ialah syarikat penerbangan yang mempunyai rekod yang baik. Pesawat Boeing 777-200  pula merupakan pesawat yang paling selamat serta dilengkapi dengan teknologi moden. Pesawat ini pernah mengalami kemalangan kecil sewaktu bergerak di landasan pada tahun 2012 tetapi telah dibaiki dan mendapat kelulusan untuk beroperasi semula. Kali terakhir pemeriksaan dilakukan adalah pada 10 hari lalu.

6. Adakah kemungkinan berlakunya serangan pengganas?
Pihak MAS tidak menolak sebarang teori. Namun, pegawai di Amerika Syarikat yang menghantar penyiasat FBI berkata tiada bukti berkaitan serangan pengganasbuat masa ini.
Kehadiran 2 penumpang dengan pasport curi adalah pelanggaran undang-undang tetapi ia lebih berkisar kepada isu pemedagangan manusia.

Sebelum ini, penerbangan Air India yang terhempas di Mangalore pada 2010 sewaktu dalam perjalanan ke Dubai telah mengakibatkan kehilangan 158 nyawa dan 10 penumpang dengan pasport palsu telah dikenalpasti.
Luigi Maraldi, warga Itali yang kehilangan pasport ketika bercuti di Phuket tahun lalu terkejut apabila namanya tersenarai antara penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.


7. Mampukah pesawat moden lenyap tanpa meninggalkan jejak?
Pesawat Air France dalam penerbangan dari Brazil ke Perancis hilang di Lautan Pasifik pada 1 Jun 2009 yang mengakibatkan kesemua 228 orang turut hilang.
Serpihan pesawat itu dikesan pada hari berikutnya tetapi mengambil masa hampir 2 tahun untuk mencari kotak hitam pesawat dan juga mayat fiuslaj yang tenggelam ke dasar laut. Perairan di Laut China Selatan dan Selat Melaka adalah lebih cetek berbanding Lautan Atlantik.
Perakam penerbangan atau kotak hitamberkeupayaan untuk memancarkan isyarat ultrasonik yang boleh dikesan walaupun di dalam air. Pada keadaan yang baik, isyarat ini boleh dikesan beberapa ratus kilometer jauhnya.
Tanpa mengetahui trajektori kapal terbang menjunam mahupun pemahaman mengenai kelajuan angin dan juga keadaan ombak, pasukan mencari dan menyelamat terpaksa melakukan carian pada kawasan yang lebih luas.

Rakyat Malaysia berharap agar pesawat MH370 segera dijumpai oleh pasukan mencari dan penyelamat.-Gambar hiasan.

8. Dikatakan pesawat MH370 cuba berpatah balik ke KLIA sebelum pergerakkannya hilang dari radar, adakah pesawat mengalami masalah?
Berdasarkan rakaman radar Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) memang terdapat kemungkinan pesawat tersebut cuba berpatah balik sebelum komunikasinya terputus.
Namun, sehingga kini tidak diketahui permasalahan yang berlaku yang menyebabkan pesawat tersebut cuba berpatah balik.

9. Apakah negara-negara yang terlibat dalam usaha gerakan mengesan dan menyelamat ini?
Selain Malaysia, gerakan besar-besaran ini juga turut dibantu oleh negara Vietnam, Republik Rakyat China, Thailand, Singapura, Indonesia, Filipina, Australiadan Amerika Syarikat.
Operasi pencarian ini melibatkan penggunaan aset-aset ketenteraan dari pelbagai cabang udara, laut dan darat termasuk juga penglibatan agensi penguatkuasaan maritim dan polis dari negara-negara yang terlibat.

Kerajaan Malaysia mengerahkan pelbagai agensi dalam misi mencari dan menyelamat pesawat MH730 yang masih gagal dikesan.

10. Bagaimana untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai kehilangan pesawat MH370?

Sebarang informasi rasmi dan terkini boleh diikuti menerusi laman Facebook dan Twitter Penerbangan Malaysia (@MAS), Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan agensi-agensi yang terlibat dalam usaha mengesan pesawat MH370.-Astro Awani

Puteri Sarah Bersara Dari Dunia Lakonan


Puteri Sarah Liyana telah sah menjadi isteri kepada pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof setelah selamat diijabkabulkan di Masjid Al Mukarramah Bandar Sri Damansara pada Sabtu.

“Alhamdulillah saya gembira kerana majlis berjalan lancar walaupun Syamsul sakit (demam denggi). Berkat doa serta solat hajat banyak pihak menjadikan majlis pada hari ini dapat berlangsung dengan izinNya.

Saya tidak menganggap Syamsul dijangkiti denggi ini sebagai dugaan atau cabaran. Saya akan menjalankan tanggungjawab sebagai isteri untuk menjaga Syamsul yang sedang sakit ketika ini tidak kira di mana saja dia berada,” ujar Sarah ketika ditemui di majlis akad nikah mereka.
Selain itu, Sarah turut berkongsi yang dia sudah berundur dari bidang seni sejak tahun lalu lagi. Dia kini lebih gembira menjadi pengurus pemasaran bagi Butik Eilya serta berjinak-jinak dalam bidang rekaan fesyen untuk muslimah.
“Butik tersebut bukan milik saya tetapi saya bekerja di bahagian pemasaran untuk Butik Eilya itu. Shamsul juga gembira serta selesa dengan kerja tersebut. Saya sudah bersara daripada lakonan sejak tahun lepas lagi. Keputusan yang diambil untuk bersara bukan dibuat kerana saya hendak berkahwin tetapi bagi menumpukan perhatian kepada kerjaya baru,” ujar Sarah.
Belum menetapkan lokasi berbulan madu mereka, Sarah merancang untuk menunaikan Umrah bersama Shamsul kerana sudah lama menyimpan impian untuk menjejakkan kaki ke tanah suci itu. Namun Sarah dan Syamsul belum mempunyai tarikh yang tetap untuk menunaikan ibadah itu buat masa ini.
-TKO

Sunday, 9 March 2014

Telefon Bimbit Beberapa Orang Penumpang MH370 Berjaya Dihubungi


Beberapa keluarga di China berjaya menghubungi ahli keluarga mereka yang berada di dalam pesawat MH370.

Menurut satu laporan yang dikeluarkan oleh media negara itu, terdapat sebilangan ahli keluarga yang berjaya menghubungi penumpang pesawat Boeing 777 tersebut namun tiada jawapan yang diterima oleh pemanggil.

Hal ini telah melahirkan pelbagai spekulasi sekali gus menjadikan kehilangannya sebagai satu misteri.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah DCA, Datuk Azharuddin Abdul Rahman menetapkan fokus pencarian MH370 mendahului isu lain.

Menurutnya, isu keselamatan MAS atau isu pasport palsu bukanlah fokus utama pihak MAS buat masa kini.

"Kami masih menumpukan perhatian ke atas misi mencari dan menyelamat pesawat MH370, itu fokus utama kami, jangan buat sebarang spekulasi.

"Buat masa ini, pihak kami telah menerima bantuan dari negara luar seperti Indonesia, USA, Australia, Vietnam, China, Thailand dan Singapura," katanya.

Katanya lagi, pasukan pencari telah meluaskan kawasan pencarian di perairan Laut China Selatan dan pihaknya sedang menunggu perkembangan misi mencari dan menyelamat tersebut.


Sumber: www.sinarharian.com.my

Antara Sebab MAS Dan Kerajaan Lambat Beri Maklumat


Berikutan kes kehilangan kapal terbang MH370 telah membuatkan ramai yang tertanya-tanya akan maklumat kerkini terhadap trajedi tersebut. Dalam kekalutan itu terdapat segelintir yang menuding jari keatas kelembapan MAS dan kerajaan dalam memberikan maklumat berkaitan kehilangan Misteri Pesawat MH370 itu. Apakah ianya hilang terhempas, hilang disebabkan kejadian misteri ataupun ia telah di rampas oleh pihak pengganas? Pastinya ada sebab kenapa mereka tidak sewenangnya mengeluarkan kenyataan sebegitu.

Inilah antara sebab kenapa MAS dan Kerajaan lambat mengeluarkan kenyataan berkaitan kehilangan Pesawat MH370:

Dari hasil perkongsian Nor Azizuddin Abdul Manan dari pada UUM Sintok untuk memberikan sedikit pendapat peribadi beliau berhubung isu ini memandangkan beliau gusar dengan pelbagai unsur dan persepsi negatif yang dilemparkan oleh ramai pihak berkepentingan terhadap tindak-selamat MAS/Kerajaan Malaysia (KM) dalam misi mencari dan menyelamat penumpang dan krew MH370.

1) Penumpang Pelbagai Negara

Kita perlu ingat bahawa dalam pesawat MH370 tersebut terdapat lebih 15 kewarganegaraan dengan kapasiti sebanyak 227 orang. Hal ini sebenarnya memberikan sedikit sebanyak tekanan kepada pihak MAS/KM untuk memberikan maklumat terkini kepada wakil-wakil Kedutaan / Konsulat masing-masing. Maybe sesetengah Kedutaan mahukan maklumat segera dan pantas apatah lagi dalam keadaan lebih 17 jam pesawat yang masih belum ditemui, juga menyumbang kepada kelewatan dan kesukaran MAS/KM menyalurkan info terkini. Fahamilah keadaan.

2) Hubungan Diplomatik

MH370 hilang diperairan dan diruang udara Vietnam, dalam konteks ini KM dan MAS bertindak dengan berhemah dalam menjaga hubungan diplomatik antara negara. KM tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil pendekatan sendiri walaupun peswat tersebut adalah milik negara kita. Sebab itulah hubungan Bilateral diperlukan, kini pihak Kerajaan Vietnam sudah menggerakkan jentera menyelamatnya (Angkatan Laut Vietnam) ke perairan yang disyaki tempat kehilangan MH370. Apabila pihak lain menjadi peneraju utama dalam misi, sudah pasti akan wujud beberapa prosedur tertentu yang digunakan oleh pihak berkenaan sebelum menyalurkan maklumat terkini kepada KM/MAS. Dalam ertikata lain ; "Lain tempat lainlah cara penyampaian", jadi memang perlu bersabar dalam perkara ini.

3) Misi Melibatkan 5 negara

Misi mencari dan menyelamat telah pun digerakkan, Malaysia melalui Maritim dan aset ATM sudah berada diperairan berkenaan, terkini dilaporkan oleh Astro Awani, Maritim Malaysia tidak menjumpai sebarang objek pesawat MH370, manakala Vietnam melalui Angkatan Tentera Laut negara itu menafikan sudah menjumpai pesawat malang itu malah mereka dalam situsi mencari dan terus mencari disekitar Pulau Vung Tau tempat dimana kali terakhir radar negara itu mengesan pergerakkan MH370. Manakala China juga sudah menggerakkan aset pertahanan laut atas arahan Presiden Xi Jinping untuk misi mencari dan menyelamat. Singapura sudah menghantar pesawat C130 untuk misi bantuan manakala Amerika Syarikat juga menghantar bantual kapal penyelamat ke pengairan terbabit. Bayangkan keadaan misi menyelamat apabilan digerakkan dan disepadukan dengan pelbagai negara, sudah tentu penyaluran sebarang maklumat terkini mesti dikoordiansikan agar tidak menjejaskan proses penyiasatan sebab dan musabab "kehilangan" MH370. Sekecil-kecil evidens sudah boleh menjadi petunjuk utama atas kejadian ini.

4) Tidak Semudah Yang Dijangka

Misi mencari dan menyelamat tidaklah semudah yang disangka memandangkan ia berlaku di kawasan lautan yang luas dan menjadi rebutan antara negara. Jadi, hentikanlah sebarang spekulasi dan tohmahan. KM/MAS sedaya upaya mungkin, saya pasti mereka bekerja keras untuk memastikan MH370 dapat ditemui semula.

5) MAS tetap dihatiku

Kali terakhir MAS mengalami "major accident" ialah pada tahun 1977 di Tanjung Kupang melibatkan 100 korban nyawa. Selepas kejadian itu, MAS tidak pernah mengalami "major accident" dengan korban mangsa yang besar selama 37 tahun, dalam ertikata lain MAS mencapai piawaian keselamatan pesawat yang kompiten dan diiktiraf oleh ICAO disamping pengemudian pesawat oleh pilot yang berpengalaman luas. Walaubagaimana pun secanggih mana sesebuah pesawat, sebarang kesilapan kecil pun boleh mengundang padah. Hanya takdir menentukan segala-galanya.

Ps :Salam takziah untuk semua keluarga mangsa MH370 dan yang pastinya MAS tetap dihatiku.

Sumber: FACEBOOK