Endometriosis boleh sebabkan kemandulan

Keadaan ini jika berterusan akan menyebabkan tiub falopio menghasilkan belon cecair yang mengandungi darah lama yang juga dikenali sebagai ‘choclate cyst’ dan ini akan mengakibatkan kemandulan.

‘Doktor’ gersang jerat wanita

‘Mat Gersang’ kembali lagi. Jika dahulu kecoh dengan kes lelaki menyamar sebagai doktor yang bertindak menghubungi pesakit wanita dan meminta melakukan aksi lucah, kes yang sama dilaporkan berulang kembali.

Disebalik Rahsia Kopi Dan Islam

Daripada seorang gembala kambing di Yemen atau Ethiopia kepada pembentukan pemikiran politik masyarakat Eropah, minuman kopi yang kini mencatatkan lebih satu bilion cawan setiap hari itu merupakan satu inovasi Islam yang paling penting dalam sejarah kehidupan manusia hari ini.

Mengapa Lelaki Bangladesh Selalu Berjalan Berpegangan Tangan?

Perkara yang sama saya jumpa di Mekah dan Madinah ini. Saya beranikan diri untuk menyapa mereka mengapa mereka berpegangan tangan bila berjalan bersama kawan lelaki. Bukankah itu menampakkan seperti kamu mempunyai hubungan songsang atau gay?Lalu Bangla itu tersenyum dan menjawab dengan selamba..

Petua Suburkan Sperma

Walaupun banyak yang menganggap mitos, tapi doktor dan pakar kesihatan, dr. Sonia Wibisono percaya bahawa tauge memiliki manfaat kesihatan seperti meningkatkan tenaga pasangan saat bercinta..

Showing posts with label Fakta. Show all posts
Showing posts with label Fakta. Show all posts

Monday, 10 March 2014

Perokok Pemalas Dan Mudah Cemas?

Semua orang tahu merokok ibarat membakar diri. Bukan saja sengaja mendedahkan diri kepada pelbagai risiko penyakit, ia juga membahayakan orang sekeliling yang menghidu asapnya. Tidak hanya itu, merokok membuatkan tubuh berbau sehingga boleh mengganggu ketenangan orang yang ada berdekatan anda.
Walaupun berpuluh-puluh ribu kajian dijalankan ke atas perokok merangkumi aspek kesihatan, keburukan, kesan jangka panjang dan sebagainya, ia tetap tidak boleh mengubah tabiat golongan ini. 
Faktor cara hidup tidak sihat ditambah pula pola pemakanan yang gagal mengikut garis panduan betul membuatkan perokok zaman sekarang mudah ditimpa pelbagai penyakit. Lebih membimbangkan ada antara mereka terpaksa menanggung sengsara lebih awal seawal usia 20-an.

Mungkin isu kesihatan sudah muak dibincangkan hingga ada segelintir perokok seolah-olah bersedia menghadapi apa saja penyakit bakal dihadapinya kelak. Justeru, artikel Gen Y kali ini membongkar sikap pasif yang ada pada si perokok walaupun mereka pasti menafikannya!


50 Perokok baru setiap hari

Keputusan Tinjauan Morbiditi dan Mortaliti Kebangsaan pada 2003 amat membimbangkan apabila mendapati remaja adalah kelompok terbesar memegang status perokok baru. Sebilangan besar perokok dikesan mula berjinak dengan tabiat ini sejak remaja. Purata umur mula merokok ialah 18 tahun. Dilaporkan pada 1985, sebanyak 9.8 peratus remaja didapati merokok dan kadar itu meningkat kepada 18 peratus pada 2000, malah semakin bertambah tahun demi tahun.

Seiring dengan status negara maju, remaja juga mudah terpengaruh dengan cara hidup moden. Statistik bilangan remaja perempuan yang merokok meningkat lapan peratus dari 2005 hingga 2010. Dicatatkan, jumlah remaja perempuan merokok terutama yang berusia bawah 10 tahun semakin membimbangkan kerana peratusannya lebih tinggi berbanding lelaki iaitu 28.8 peratus berbanding remaja lelaki, 14.1 peratus.

Laporan Modul Berhenti Merokok pada 2001 menunjukkan anggaran seramai 50 hingga 60 remaja yang merokok meningkat setiap hari. Malah, setiap tahun daripada tiga juta perokok dicatatkan pada 2006 iaitu bersamaan lebih 20 peratus rakyat Malaysia meningkat satu peratus atau 30,000 perokok baru dilahirkan tahun demi tahun walaupun pelbagai kempen jauhi rokok dilaksanakan.

Penulis percaya, remaja bukannya tidak tahu mengenai kempen dijalankan hampir setiap bulan, tetapi tahap penerimaan mereka terhadap kempen itu adalah kurang. Hal ini dapat dibuktikan dengan jumlah remaja yang merokok dicatatkan melebihi 3.12 juta orang pada 2010.


Kurang berjalan dan cepat cemas

Kajian daripada Universiti Negeri Londrina, Brazil mendapati perokok kurang aktif bergerak jika dibandingkan dengan individu yang tidak merokok. Kajian unik ini dijalankan ke atas 60 perokok dan 50 individu tidak merokok. 

Pengkaji meminta peserta menggunakan alat pengukur langkah (pedometer) untuk mengukur aktiviti yang mereka lakukan selama 12 jam setiap hari bagi tempoh enam hari secara keseluruhan. Hasil kajian mendapati, jumlah langkah harian perokok lebih sedikit berbanding mereka yang tidak merokok.

Selain itu, keputusan turut menunjukkan perokok mengalami penurunan dalam fungsi paru-paru hingga membuatkan mereka lebih sukar untuk terbabit dalam olahraga.

Menurut kajian ini lagi, ketika diminta menilai kualiti kehidupan berhubung kesihatan, perokok menyatakan mereka lebih cepat letih dan kurang motivasi untuk mengubah gaya hidup. 

Secara tidak langsung, tidak keterlaluan jika penulis berpendapat perokok menjadi lebih cepat malas disebabkan faktor tubuh cepat letih dan kekurangan stamina.

“Setahu kami, ini kajian pertama yang menunjukkan secara objektif bahawa ada pengurangan aktiviti luar seorang perokok dibandingkan dengan orang yang tidak merokok.

“Selain menurunnya fungsi paru-paru, kapasiti senaman ataupun aktiviti olahraga dan kualiti hidup, perokok juga lebih mudah mengalami rasa cemas dan tertekan serta berjalan lebih sedikit daripada orang yang tidak merokok dalam rutin seharian,” kata ketua pengkaji Karina Furlanetto.

Sementara itu, kajian lain dijalankan Sekolah Perubatan Charite Berlin, Jerman sebelum ini mendapati tempoh waktu tidur perokok lebih sedikit jika dibandingkan dengan orang tidak merokok. Dicatatkan, sebanyak 17 peratus perokok tidur kurang enam jam sehari dan 28 peratus daripadanya mengalami gangguan tidur.

Sebagai perbandingan, penyelidikan tempoh waktu tidur turut dijalankan ke atas individu tidak merokok. Keputusannya, hanya lapan peratus orang yang tidak merokok tidur kurang dari enam jam dan hanya 19 peratus melaporkan mengalami gangguan tidur. Jumlah ini masih rendah berbanding keputusan bagi kumpulan perokok.


Seorang daripada lima remaja adalah perokok

Logiknya, kita akan merasakan hal ini adalah isu biasa tetapi merujuk kembali fakta global mengenai perokok, ia adalah isu global yang makin membimbangkan. Dilaporkan, dalam kalangan remaja di seluruh dunia yang berumur antara 13 dan 15 tahun, dianggarkan seorang daripada lima orang adalah perokok.

Secara kasar, 60,000 hingga 100,000 kanak-kanak di seluruh dunia mula merokok setiap hari dan separuh daripada jumlah itu di negara Asia. 

Selain itu, jumlah perokok seluruh dunia dianggarkan sekitar 1.15 bilion orang dan daripada jumlah itu, lebih 80 peratus perokok adalah di negara berpendapatan rendah dan sederhana.

Sesiapa saja pasti tahu sekiranya anda berhenti merokok, kurang risiko menghidapi penyakit serius seperti jantung, diabetes dan angin ahmar.

Namun, bukan hanya soal penyakit untuk menjauhi rokok tetapi ia juga memberi manfaat kepada kesihatan mental. 

Kajian dijalankan Sekolah Perubatan Universiti Washington, Amerika Syarikat ke atas 4,800 perokok aktif mendapati 40 peratus daripada peserta mengalami gangguan emosi iaitu cepat cemas, 50 peratus ketagihan alkohol dan selebihnya ketagihan ubat-ubatan. 

Penulis akui, sikap pasif ini bergantung kepada individu itu sendiri cara dia mengatur rutin harian. Tetapi perokok tidak boleh menafikan pasti ada waktunya anda cepat ‘semput’ berbanding orang lain kerana fakta kajian yang membuktikan semuanya. 

Jika tanggapan anda masih sama, ingatlah sebelum terlambat. Kementerian Kesihatan merekodkan hampir 10,000 kematian setiap tahun dikaitkan dengan tabiat merokok. Adakah anda mahu tergolong dalam statistik ini? Fikirkan.
Sumber: www.hmetro.com.my

Thursday, 6 March 2014

Diari Ikhlas Dari Seorang Suami.

30hb , suami dapat gaji RM3,000.00 terus buat internet banking bayar bill air Rm30.00, bayar duit rumah Rm700.00 bayar duit kereta Rm700.00 , bil telephone suami dan isteri Rm200.00 , bill elektrik Rm170.00 , ansuran motor Rm150.00 dan yuran tuisyen anak Rm150.00 ..serta menukarkan Rm150.00 duit pecah seringgit-seringgit untuk belanja sekolah anak anak untuk sebulan...lalu berbekalkan duit baki Rm750.00 balik kerumah jemput isteri dari tempat kerja..terus di sambut ngan isteri satu soalan " ari ni hari gaji abang kan??..jom pergi beli barang dapur byk dah habis sambil bawak bebudak makan luarlah mlm ni sebab I tak laratlah nak masak ari ni... bebudak pun esok hari sabtu cutikan? Suami mengangguk lemah terpaksa setuju demi anak dan isteri.

Sampai di rumah disambut pulak dgn anak yg bongsu " Ayah cikgu adik ckp ari isnin cikgu nak RM20.00 untuk beli baju sukan yg baru." Isteri spontan menyampuk " mintak kat ayah..ayah baru dapat gaji..sambil anak yg sulung pula mencelah .." ayah kakak pun nak duit Rm 30.00 hari isnin untuk beli buku rujukan dah dekat nak peperiksaan ni..Si suami terus mengeluarkan Rm50.00 untuk anak bongsu dan anak sulong ..

Kemudian bila selepas magrib berangkatlah anak beranak ke kedai untuk mkn dan berbelanja barang dapur dan sebelum itu suami singgah isi minyak kereta Rm50.00 langsung ke kedai makan dan makanlah anak beranak tersebut dgn bil makan berjumlah Rm50.00..Setelah itu langsung pergi berbelanja barang dapur dgn jumlah Rm 250.00 untuk barang kering dan Rm 50.00 untuk barang basah..

setelah semuanya selesai pulanglah keluarga tersebut kerumah dgn suami hanya tinggal gaji yg baru dpat pagi tadi sebanyak Rm300.00 sahaja.Maka tidurlah si suami dgn mata yg terkebil kebil mengenangkan baki duit yg tinggal hanya dlm beberapa jam sahaja dapat gaji tadi..

Keesokkannyer pagi sabtu isteri suruh si suami belikan roti canai untuk sarapan pagi...suami pun pergilah beli dgn modal Rm5.00 dan surat khabar Rm1.50.. manakala menjelang petang si isteri dan anak anak ajak suami jalan jalan di pasar malam Jalan TAR sempena malam minggu...si suami ikutkan jugak dlm keadaan dilema bagi menjaga hati isteri dan anak anak.Terpaksa tambahkan lagi minyak kereta sebanyak Rm30.00 ..

sesampai di jalan TAR si isteri berkenan dgn tudung bawal berharga Rm15.00 mintak dibelikan..suami pun keluarkan duit bayar..kemudian bila kedepan sedikit bahagian pakaian kanak kanak pula nampak baju tidur anak anak yg berharga Rm15.00 sehelai..isteri pun selamba kata " bang baju tidur bebudak ni pun dah lusuh..belikan diorg yg baru ni.murah jer Rm15.00 hengget...suami keluarkan lagi Rm30.00 untuk baju tidur anak anak.

Lalu terus pulang ke kereta untuk balik kerumah bersama sama..tetapi dalan perjalanan nak pulang anak anak merengek dahaga dan lapar .mintak singgah di kedai makan untuk makan mlm...sang ayah kesiankan dgn rengekan anak pun singgahlah di kedai makan tomyam dan makan dgn membayar Rm30.00 lagi..Jumlah keseluruhan baki yg tinggal selepas 48jam dapat gaji ialah Rm188.50.

Esok hari Ahad...isteri suh pergi kedai pagi pagi untuk belikan santan dan sedikit ikan bilis untuk masak nasi lemak sebagai sarapan pagi...suami modalkan lagi Rm7.00 dan Rm1.50 untuk suratkhabar...tinggallah duit gaji genap Rm180.00..Malamnyer pulak beri pada isteri Rm150.00 untuk belanja makan dia di pejabat atas dasar nafkah kepada isteri tercinta...

Maka bermulalah pagi hari isnin si suami dgn berbekalkan modal baki gaji hari jumaat kelmarin sebanyak Rm30.00 untuk isi minyak motor dan makan di pejabat..serta menghitung hari lagi untuk ke 30hb yg akan datang samada sampai atau tidak??....selang seminggu selepas itu pada hujung minggu isteri ajak balik kampung melawat ibu ayah dia di kampung..suami katakan tidak.ada modal...lalu isteri menjawab dgn sinis " kalau ajak balik.kampung saya jer takder duit...klu ajak balik kg saya jer abg kata tak der duit...mana pergi duit gaji abang selama ni....takkanlah seminggu gaji dah tak berduit...abg ada pompuan lain ke??" Terpinga pinga suami nak di jawab jadi perang...nak di ceritakan yg sebenar nanti disalahkan balik.

Tuesday, 4 March 2014

15 Fakta Menarik Mengenai Nyamuk


  1. Nyamuk sudahpun wujud sejak 100 juta tahun lalu.
  2. Kira-kira 3,000 spesis nyamuk dikenalpasti dan mempunyai kebolehan untuk menyesuaikan diri dengan persekitan dengan cepat. Diketahui hidup banyak di kawasan tropika dan juga Artik.
  3. Dari telur ke nyamuk dewasa hanya mengambil masa 4 hingga 7 hari. Ianya bergantung kepada suhu.
  4. Nyamuk betina boleh hidup sehingga 100 hari, tapi nyamuk jantan hanyalah 10 hingga 20 hari saja. Nyamuk betina bertelur sebanyak 100 hingga 300 biji pada satu-satu masa dan sebanyak 1,000 hingga 3,000 biji sepanjang hayatnya.
  5. Kibasan sayap nyamuk ialah 300 hingga 600 kali sesaat.
  6. Nyamuk jantan mampu mengesan kahadiran nyamuk betina dengan hanya bunyi kibasan sayapnya.
  7. Nyamuk juga boleh kenal nyamuk spesis lain dengan hanya berdasarkan bentuk tompok di sayap.
  8. Apa makanan nyamuk? Nyamuk makan pelbagai cairan (termasuk darah), dan mineral dari buah-buahan, tumbuhan serta dari sampah sarap dan air bertakung.
  9. Nyamuk mampu terbang sejauh 1.5 kilometer dari habitatnya tapi ada spesis yang mampu terbang sejauh 30 kilometer.
  10. Bagaimana nyamuk mencari mangsa? Nyamuk mempunyai penglihatan infrared iaitu kebolehan mengesan haba dan juga melalui hembusan gas karbon dioksida. Kita membebaskan haba dan melepaskan karbon dioksida bila bernafas.
  11. Spesis nyamuk yang paling agresif ialah nyamuk yang hidup di kawasan Artik di Kanada. Satu kajian di mana para pengkaji sengaja mendedahkan kaki, tangan dan badan mereka untuk santapan nyamuk. Keputusannya, 9,000 gigitan dalam masa seminit. Kalau dibiarkan, darah kita akan kering dalam masa 2 jam.
  12. Nyamuk betina saja yang suka menggigit kita. Darah sumber protein untuk mereka hasilkan telur. Nyamuk jantan hanya menghisap cairan tumbuh-tumbuhan.
  13. Nyamuk memang terkenal menyebabkan penyakit demam malaria, denggi, JE dan sebagainya. Nyamuk juga membawa penyakit kepada haiwan seperti penyakit kecacingan pada lembu dan kuda.
  14. Dilabel sebagai ‘makhluk pembunuh’ sebab penyakit demam malaria sudahpun hampir membunuh setengah dari populasi manusia sejak zaman paleolitik (zaman batu ).
  15. Asal usul nyamuk aedes adalah dari Timur Asia. Mereka sampai ke sana melalui tayar-tayar buruk yang diimport.