Endometriosis boleh sebabkan kemandulan

Keadaan ini jika berterusan akan menyebabkan tiub falopio menghasilkan belon cecair yang mengandungi darah lama yang juga dikenali sebagai ‘choclate cyst’ dan ini akan mengakibatkan kemandulan.

‘Doktor’ gersang jerat wanita

‘Mat Gersang’ kembali lagi. Jika dahulu kecoh dengan kes lelaki menyamar sebagai doktor yang bertindak menghubungi pesakit wanita dan meminta melakukan aksi lucah, kes yang sama dilaporkan berulang kembali.

Disebalik Rahsia Kopi Dan Islam

Daripada seorang gembala kambing di Yemen atau Ethiopia kepada pembentukan pemikiran politik masyarakat Eropah, minuman kopi yang kini mencatatkan lebih satu bilion cawan setiap hari itu merupakan satu inovasi Islam yang paling penting dalam sejarah kehidupan manusia hari ini.

Mengapa Lelaki Bangladesh Selalu Berjalan Berpegangan Tangan?

Perkara yang sama saya jumpa di Mekah dan Madinah ini. Saya beranikan diri untuk menyapa mereka mengapa mereka berpegangan tangan bila berjalan bersama kawan lelaki. Bukankah itu menampakkan seperti kamu mempunyai hubungan songsang atau gay?Lalu Bangla itu tersenyum dan menjawab dengan selamba..

Petua Suburkan Sperma

Walaupun banyak yang menganggap mitos, tapi doktor dan pakar kesihatan, dr. Sonia Wibisono percaya bahawa tauge memiliki manfaat kesihatan seperti meningkatkan tenaga pasangan saat bercinta..

Monday, 10 March 2014

Perokok Pemalas Dan Mudah Cemas?

Semua orang tahu merokok ibarat membakar diri. Bukan saja sengaja mendedahkan diri kepada pelbagai risiko penyakit, ia juga membahayakan orang sekeliling yang menghidu asapnya. Tidak hanya itu, merokok membuatkan tubuh berbau sehingga boleh mengganggu ketenangan orang yang ada berdekatan anda.
Walaupun berpuluh-puluh ribu kajian dijalankan ke atas perokok merangkumi aspek kesihatan, keburukan, kesan jangka panjang dan sebagainya, ia tetap tidak boleh mengubah tabiat golongan ini. 
Faktor cara hidup tidak sihat ditambah pula pola pemakanan yang gagal mengikut garis panduan betul membuatkan perokok zaman sekarang mudah ditimpa pelbagai penyakit. Lebih membimbangkan ada antara mereka terpaksa menanggung sengsara lebih awal seawal usia 20-an.

Mungkin isu kesihatan sudah muak dibincangkan hingga ada segelintir perokok seolah-olah bersedia menghadapi apa saja penyakit bakal dihadapinya kelak. Justeru, artikel Gen Y kali ini membongkar sikap pasif yang ada pada si perokok walaupun mereka pasti menafikannya!


50 Perokok baru setiap hari

Keputusan Tinjauan Morbiditi dan Mortaliti Kebangsaan pada 2003 amat membimbangkan apabila mendapati remaja adalah kelompok terbesar memegang status perokok baru. Sebilangan besar perokok dikesan mula berjinak dengan tabiat ini sejak remaja. Purata umur mula merokok ialah 18 tahun. Dilaporkan pada 1985, sebanyak 9.8 peratus remaja didapati merokok dan kadar itu meningkat kepada 18 peratus pada 2000, malah semakin bertambah tahun demi tahun.

Seiring dengan status negara maju, remaja juga mudah terpengaruh dengan cara hidup moden. Statistik bilangan remaja perempuan yang merokok meningkat lapan peratus dari 2005 hingga 2010. Dicatatkan, jumlah remaja perempuan merokok terutama yang berusia bawah 10 tahun semakin membimbangkan kerana peratusannya lebih tinggi berbanding lelaki iaitu 28.8 peratus berbanding remaja lelaki, 14.1 peratus.

Laporan Modul Berhenti Merokok pada 2001 menunjukkan anggaran seramai 50 hingga 60 remaja yang merokok meningkat setiap hari. Malah, setiap tahun daripada tiga juta perokok dicatatkan pada 2006 iaitu bersamaan lebih 20 peratus rakyat Malaysia meningkat satu peratus atau 30,000 perokok baru dilahirkan tahun demi tahun walaupun pelbagai kempen jauhi rokok dilaksanakan.

Penulis percaya, remaja bukannya tidak tahu mengenai kempen dijalankan hampir setiap bulan, tetapi tahap penerimaan mereka terhadap kempen itu adalah kurang. Hal ini dapat dibuktikan dengan jumlah remaja yang merokok dicatatkan melebihi 3.12 juta orang pada 2010.


Kurang berjalan dan cepat cemas

Kajian daripada Universiti Negeri Londrina, Brazil mendapati perokok kurang aktif bergerak jika dibandingkan dengan individu yang tidak merokok. Kajian unik ini dijalankan ke atas 60 perokok dan 50 individu tidak merokok. 

Pengkaji meminta peserta menggunakan alat pengukur langkah (pedometer) untuk mengukur aktiviti yang mereka lakukan selama 12 jam setiap hari bagi tempoh enam hari secara keseluruhan. Hasil kajian mendapati, jumlah langkah harian perokok lebih sedikit berbanding mereka yang tidak merokok.

Selain itu, keputusan turut menunjukkan perokok mengalami penurunan dalam fungsi paru-paru hingga membuatkan mereka lebih sukar untuk terbabit dalam olahraga.

Menurut kajian ini lagi, ketika diminta menilai kualiti kehidupan berhubung kesihatan, perokok menyatakan mereka lebih cepat letih dan kurang motivasi untuk mengubah gaya hidup. 

Secara tidak langsung, tidak keterlaluan jika penulis berpendapat perokok menjadi lebih cepat malas disebabkan faktor tubuh cepat letih dan kekurangan stamina.

“Setahu kami, ini kajian pertama yang menunjukkan secara objektif bahawa ada pengurangan aktiviti luar seorang perokok dibandingkan dengan orang yang tidak merokok.

“Selain menurunnya fungsi paru-paru, kapasiti senaman ataupun aktiviti olahraga dan kualiti hidup, perokok juga lebih mudah mengalami rasa cemas dan tertekan serta berjalan lebih sedikit daripada orang yang tidak merokok dalam rutin seharian,” kata ketua pengkaji Karina Furlanetto.

Sementara itu, kajian lain dijalankan Sekolah Perubatan Charite Berlin, Jerman sebelum ini mendapati tempoh waktu tidur perokok lebih sedikit jika dibandingkan dengan orang tidak merokok. Dicatatkan, sebanyak 17 peratus perokok tidur kurang enam jam sehari dan 28 peratus daripadanya mengalami gangguan tidur.

Sebagai perbandingan, penyelidikan tempoh waktu tidur turut dijalankan ke atas individu tidak merokok. Keputusannya, hanya lapan peratus orang yang tidak merokok tidur kurang dari enam jam dan hanya 19 peratus melaporkan mengalami gangguan tidur. Jumlah ini masih rendah berbanding keputusan bagi kumpulan perokok.


Seorang daripada lima remaja adalah perokok

Logiknya, kita akan merasakan hal ini adalah isu biasa tetapi merujuk kembali fakta global mengenai perokok, ia adalah isu global yang makin membimbangkan. Dilaporkan, dalam kalangan remaja di seluruh dunia yang berumur antara 13 dan 15 tahun, dianggarkan seorang daripada lima orang adalah perokok.

Secara kasar, 60,000 hingga 100,000 kanak-kanak di seluruh dunia mula merokok setiap hari dan separuh daripada jumlah itu di negara Asia. 

Selain itu, jumlah perokok seluruh dunia dianggarkan sekitar 1.15 bilion orang dan daripada jumlah itu, lebih 80 peratus perokok adalah di negara berpendapatan rendah dan sederhana.

Sesiapa saja pasti tahu sekiranya anda berhenti merokok, kurang risiko menghidapi penyakit serius seperti jantung, diabetes dan angin ahmar.

Namun, bukan hanya soal penyakit untuk menjauhi rokok tetapi ia juga memberi manfaat kepada kesihatan mental. 

Kajian dijalankan Sekolah Perubatan Universiti Washington, Amerika Syarikat ke atas 4,800 perokok aktif mendapati 40 peratus daripada peserta mengalami gangguan emosi iaitu cepat cemas, 50 peratus ketagihan alkohol dan selebihnya ketagihan ubat-ubatan. 

Penulis akui, sikap pasif ini bergantung kepada individu itu sendiri cara dia mengatur rutin harian. Tetapi perokok tidak boleh menafikan pasti ada waktunya anda cepat ‘semput’ berbanding orang lain kerana fakta kajian yang membuktikan semuanya. 

Jika tanggapan anda masih sama, ingatlah sebelum terlambat. Kementerian Kesihatan merekodkan hampir 10,000 kematian setiap tahun dikaitkan dengan tabiat merokok. Adakah anda mahu tergolong dalam statistik ini? Fikirkan.
Sumber: www.hmetro.com.my

Nike, Adidas Berperang! Siapa Tiru Siapa?


Pengeluar jenama gergasi sukan dunia, Nike dan Adidas mengishytiharkan perang secara rasmi apabila mengeluarkan kasut 'revolusi' yang hampir sama.

Adidas lebih awal beberapa jam berbanding produk sukan Amerika Syarikat itu dengan memperkenalkan edisi terhad Primeknit FS yang merupakan 'teknologi' baru dalam bola sepak kepada umum menerusi laman Twitter mereka.

Produk terbaru itu kelihatan seperti kasut 'high cut' yang sebenarnya dilengkapi dengan stokin hibrid primeknit.

Ia merupakan kasut bola sepak pertama di dunia seumpamanya yang disulam dan dilengkapi stokin hibrid.

'Stokin bayang' yang direka untuk memberikan keselesaan untuk disarung dengan sempurna.

Ciri-cirinya termasuk tahap baru fleksibiliti dan keselesaan dengan kestabilan dan kekuatan sama dengan but konvensional.

"Bola sepak tidak akan sama lagi', demikian slogan yang dibawakan Nike ketika melancarkan but baru mereka yang dikenali sebagai Magista di Barcelona.

Nike dalam perlancarannya membawa bintang Barcelona, Andres Iniesta sebagai tarikan utama dalam majlis perkenalan di Sepanyol.

"Bentuk kasut ini sungguh unik dan saya tidak rasa seperti memakainya," kata Iniesta yang menyarung but berwarna kuning terang dan merah.

"Ia memberikan saya pergerakan naluri yang saya perlukan dan memberikan keyakinan yang lebih.

"Kasut ini memberikan kelainan daripada apa yang pernah kita saksikan."

Iniesta menjelaskan dia telah diberi peluang untuk mencubanya beberapa kali dan ianya sangat berbeza dari segi fabrik, sulaman dan juga stokin.

"Apa yang penting saya selesa menyarungnya. Apabila mengawal bola ianya begitu positif kerana ia memberi kawalan lebih dekat dengan kaki. Ia mengikut bentuk kaki dan memberikan keselesaan di pergelangan kaki.

"Perbezaan besar mengenai kasut biasa ia seperti memakai sarung tangan di kaki dan inovasinya, saya rasa begitu positif."

Bagaimanapun Iniesta perlu menunggu untuk menggunakannya secara rasmi di atas padang musim ini. Nike bercadang untuk mula menggunakan Magista dalam final Liga Juara-Juara dan Piala Dunia FIFA Brazil 2014™. -- Astro Arena


10 Tanda Tanya Kehilangan Pesawat MH370




Pesawat MH370 Boeing 777-200 milik Penerbangan Malaysia telah terputus komunikasi dengan menara kawalan trafik udara di Malaysia pada awal pagi Sabtu lalu dan menyebabkan gerakan mencari dan menyelamat besar-besar telah dilakukan melibatkan pelbagai negara.

1. Siapa yang berada di dalam penerbangan MH370?
Terdapat 227 penumpang termasuk 153 warganegara China dan38 rakyat Malaysia. Menurut senarai penumpang, terdapat 2 penumpang kanak-kanak dan kesemua 12 anak kapalmerupakan rakyat Malaysia.
Daripada kesemua warganegara China yang menaiki pesawat itu, 19 daripadanya merupakan artis yang hadir ke sebuah pameran di Kuala Lumpur.
Dipercayai terdapat 2 penumpang yang menggunakan pasport curi.
Senarai bilangan penumpang dan krew yang terlibat dalam kehilangan pesawat MH730 mengikut negara.


2. Bilakah kali terakhir pesawat itu dikesan?
Penerbangan MH370 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 0041 pada Sabtu dan dijadualkan tiba di Beijing pada jam 0630. Pengawal trafik udaraterputus hubungan pada jam 0130.

Gambar dalam imej radar yang menujukkan kedudukan terakhir pesawat MH730 sebelum hilang.


3. Di mana pesawat ini menghilang?
Pesawat ini menyeberangi Laut China Selatan dan di selatan semenanjung Ca Mau, Vietnam. Ia merupakan laluan biasa dengan memasuki ruang udara Kemboja dan juga Vietnam sebelum masuk ke ruang udara China.
Tiada isyarat kecemasan atau isyarat lain dihantar. Akan tetapi, pesawat ini dipercayai cuba berpatah balik dari jalan yang dijadualkan berkemungkinan ke arah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

4. Di mana misi mencari dilakukan?
Tumpuan misi mencari MH370 adalah di perairan Timur Malaysia, di Laut China Selatan.Kini diperluaskan ke Selat Melaka bahagian Pantai Barat Malaysia dan juga sekitar Laut Andaman.

5. Wujud teori berkaitan kehilangan pesawat ini?
Faktor yang diberi perhatian ialah keadaan cuaca yang kurang baik, kesilapan juruterbang dan juga kelayakan terbang.
Keadaan cuaca ketika penerbangan ini dilaporkan baik. Juruterbang pula mempunyai lebih daripada 18,000 jam penerbangan dan mula bertugas sejak 1981.
Malaysia Airlines ialah syarikat penerbangan yang mempunyai rekod yang baik. Pesawat Boeing 777-200  pula merupakan pesawat yang paling selamat serta dilengkapi dengan teknologi moden. Pesawat ini pernah mengalami kemalangan kecil sewaktu bergerak di landasan pada tahun 2012 tetapi telah dibaiki dan mendapat kelulusan untuk beroperasi semula. Kali terakhir pemeriksaan dilakukan adalah pada 10 hari lalu.

6. Adakah kemungkinan berlakunya serangan pengganas?
Pihak MAS tidak menolak sebarang teori. Namun, pegawai di Amerika Syarikat yang menghantar penyiasat FBI berkata tiada bukti berkaitan serangan pengganasbuat masa ini.
Kehadiran 2 penumpang dengan pasport curi adalah pelanggaran undang-undang tetapi ia lebih berkisar kepada isu pemedagangan manusia.

Sebelum ini, penerbangan Air India yang terhempas di Mangalore pada 2010 sewaktu dalam perjalanan ke Dubai telah mengakibatkan kehilangan 158 nyawa dan 10 penumpang dengan pasport palsu telah dikenalpasti.
Luigi Maraldi, warga Itali yang kehilangan pasport ketika bercuti di Phuket tahun lalu terkejut apabila namanya tersenarai antara penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.


7. Mampukah pesawat moden lenyap tanpa meninggalkan jejak?
Pesawat Air France dalam penerbangan dari Brazil ke Perancis hilang di Lautan Pasifik pada 1 Jun 2009 yang mengakibatkan kesemua 228 orang turut hilang.
Serpihan pesawat itu dikesan pada hari berikutnya tetapi mengambil masa hampir 2 tahun untuk mencari kotak hitam pesawat dan juga mayat fiuslaj yang tenggelam ke dasar laut. Perairan di Laut China Selatan dan Selat Melaka adalah lebih cetek berbanding Lautan Atlantik.
Perakam penerbangan atau kotak hitamberkeupayaan untuk memancarkan isyarat ultrasonik yang boleh dikesan walaupun di dalam air. Pada keadaan yang baik, isyarat ini boleh dikesan beberapa ratus kilometer jauhnya.
Tanpa mengetahui trajektori kapal terbang menjunam mahupun pemahaman mengenai kelajuan angin dan juga keadaan ombak, pasukan mencari dan menyelamat terpaksa melakukan carian pada kawasan yang lebih luas.

Rakyat Malaysia berharap agar pesawat MH370 segera dijumpai oleh pasukan mencari dan penyelamat.-Gambar hiasan.

8. Dikatakan pesawat MH370 cuba berpatah balik ke KLIA sebelum pergerakkannya hilang dari radar, adakah pesawat mengalami masalah?
Berdasarkan rakaman radar Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) memang terdapat kemungkinan pesawat tersebut cuba berpatah balik sebelum komunikasinya terputus.
Namun, sehingga kini tidak diketahui permasalahan yang berlaku yang menyebabkan pesawat tersebut cuba berpatah balik.

9. Apakah negara-negara yang terlibat dalam usaha gerakan mengesan dan menyelamat ini?
Selain Malaysia, gerakan besar-besaran ini juga turut dibantu oleh negara Vietnam, Republik Rakyat China, Thailand, Singapura, Indonesia, Filipina, Australiadan Amerika Syarikat.
Operasi pencarian ini melibatkan penggunaan aset-aset ketenteraan dari pelbagai cabang udara, laut dan darat termasuk juga penglibatan agensi penguatkuasaan maritim dan polis dari negara-negara yang terlibat.

Kerajaan Malaysia mengerahkan pelbagai agensi dalam misi mencari dan menyelamat pesawat MH730 yang masih gagal dikesan.

10. Bagaimana untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai kehilangan pesawat MH370?

Sebarang informasi rasmi dan terkini boleh diikuti menerusi laman Facebook dan Twitter Penerbangan Malaysia (@MAS), Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan agensi-agensi yang terlibat dalam usaha mengesan pesawat MH370.-Astro Awani

Puteri Sarah Bersara Dari Dunia Lakonan


Puteri Sarah Liyana telah sah menjadi isteri kepada pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof setelah selamat diijabkabulkan di Masjid Al Mukarramah Bandar Sri Damansara pada Sabtu.

“Alhamdulillah saya gembira kerana majlis berjalan lancar walaupun Syamsul sakit (demam denggi). Berkat doa serta solat hajat banyak pihak menjadikan majlis pada hari ini dapat berlangsung dengan izinNya.

Saya tidak menganggap Syamsul dijangkiti denggi ini sebagai dugaan atau cabaran. Saya akan menjalankan tanggungjawab sebagai isteri untuk menjaga Syamsul yang sedang sakit ketika ini tidak kira di mana saja dia berada,” ujar Sarah ketika ditemui di majlis akad nikah mereka.
Selain itu, Sarah turut berkongsi yang dia sudah berundur dari bidang seni sejak tahun lalu lagi. Dia kini lebih gembira menjadi pengurus pemasaran bagi Butik Eilya serta berjinak-jinak dalam bidang rekaan fesyen untuk muslimah.
“Butik tersebut bukan milik saya tetapi saya bekerja di bahagian pemasaran untuk Butik Eilya itu. Shamsul juga gembira serta selesa dengan kerja tersebut. Saya sudah bersara daripada lakonan sejak tahun lepas lagi. Keputusan yang diambil untuk bersara bukan dibuat kerana saya hendak berkahwin tetapi bagi menumpukan perhatian kepada kerjaya baru,” ujar Sarah.
Belum menetapkan lokasi berbulan madu mereka, Sarah merancang untuk menunaikan Umrah bersama Shamsul kerana sudah lama menyimpan impian untuk menjejakkan kaki ke tanah suci itu. Namun Sarah dan Syamsul belum mempunyai tarikh yang tetap untuk menunaikan ibadah itu buat masa ini.
-TKO