Monday 10 March 2014

Nike, Adidas Berperang! Siapa Tiru Siapa?


Pengeluar jenama gergasi sukan dunia, Nike dan Adidas mengishytiharkan perang secara rasmi apabila mengeluarkan kasut 'revolusi' yang hampir sama.

Adidas lebih awal beberapa jam berbanding produk sukan Amerika Syarikat itu dengan memperkenalkan edisi terhad Primeknit FS yang merupakan 'teknologi' baru dalam bola sepak kepada umum menerusi laman Twitter mereka.

Produk terbaru itu kelihatan seperti kasut 'high cut' yang sebenarnya dilengkapi dengan stokin hibrid primeknit.

Ia merupakan kasut bola sepak pertama di dunia seumpamanya yang disulam dan dilengkapi stokin hibrid.

'Stokin bayang' yang direka untuk memberikan keselesaan untuk disarung dengan sempurna.

Ciri-cirinya termasuk tahap baru fleksibiliti dan keselesaan dengan kestabilan dan kekuatan sama dengan but konvensional.

"Bola sepak tidak akan sama lagi', demikian slogan yang dibawakan Nike ketika melancarkan but baru mereka yang dikenali sebagai Magista di Barcelona.

Nike dalam perlancarannya membawa bintang Barcelona, Andres Iniesta sebagai tarikan utama dalam majlis perkenalan di Sepanyol.

"Bentuk kasut ini sungguh unik dan saya tidak rasa seperti memakainya," kata Iniesta yang menyarung but berwarna kuning terang dan merah.

"Ia memberikan saya pergerakan naluri yang saya perlukan dan memberikan keyakinan yang lebih.

"Kasut ini memberikan kelainan daripada apa yang pernah kita saksikan."

Iniesta menjelaskan dia telah diberi peluang untuk mencubanya beberapa kali dan ianya sangat berbeza dari segi fabrik, sulaman dan juga stokin.

"Apa yang penting saya selesa menyarungnya. Apabila mengawal bola ianya begitu positif kerana ia memberi kawalan lebih dekat dengan kaki. Ia mengikut bentuk kaki dan memberikan keselesaan di pergelangan kaki.

"Perbezaan besar mengenai kasut biasa ia seperti memakai sarung tangan di kaki dan inovasinya, saya rasa begitu positif."

Bagaimanapun Iniesta perlu menunggu untuk menggunakannya secara rasmi di atas padang musim ini. Nike bercadang untuk mula menggunakan Magista dalam final Liga Juara-Juara dan Piala Dunia FIFA Brazil 2014™. -- Astro Arena


0 comments:

Post a Comment