Wednesday 12 March 2014

Warga Internet Pertikai Kesahihan Gambar Pemilik Pasport Palsu MH370

SHAH ALAM, 12 MAC: Identiti penumpang pesawat MAS MH370 yang disahkan menggunakan mengguna pasport palsu dipertikaikan ramai pihak di media sosial ekoran terdapat persamaan di bahagian kaki dua lelaki terbabit.

Laman sesawang http://bloglist-malaysia.blogspot.com/ mempertikaikan bagaimana bahagian kaki Pouria Nour Mohammad Mehrdad, 19 (kiri) dan Delavar Syed Mohammad Reza, 30, mempunyai persamaan yang nyata.

“Pelik, kaki yang sama, kasut yang sama, ternyata gambar ini ada penipuan,” kata blogger laman terbabit.

Sementara itu, beberapa pemilik laman Facebook dan Twitter juga dilihat mempersoalkan gambar berkenaan yang dikeluarkan polis antarabangsa (Interpol), semalam.

Terdahulu, Setiausaha Agung Organisasi Polis Antarabangsa, Richard K Noble, berkata Delavar dan Pouri sebelum ini dikenal pasti oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar terbang dari Doha ke Kuala Lumpur dengan pasport Iran, pada 28 Februari lalu.

Bercakap pada sidang akhbar di Lyon, beliau berkata, mereka kemudian menggunakan pasport warganegara Austria dan Itali yang dicuri untuk menaiki penerbangan MH370 itu dan kemungkinan adalah pengganas kecil.

Persoalannya, bagaimana gambar berkenaan boleh mempunyai persamaan yang nyata hingga menimbulkan rasa kurang senang dan keraguan ramai pihak terhadap penyiasatan yang dijalankan.-sk 

0 comments:

Post a Comment